Untuk
entries sebelumnya:
http://nmirah.blogspot.com/2011/07/umrah-dengan-anak-anak-1.html
http://nmirah.blogspot.com/2011/08/umrah-bersama-anak-anak-2.html
http://nmirah.blogspot.com/2011/08/umrah-bersama-anak-anak-3.html
| | |
Dalam perjalanan ke Madinah |
 |
Berselera makan ikan goreng setelah sekian lama tak jumpa lauk ikan. Seekor 10 riyal. |
 |
Di hadapan Bukit Uhud |
 |
Berlatarbelakangkan Bukit Uhud |
 |
Di Airport Madinah. Bersedia untuk pulang ke tanah air. Kami pergi dan balik menggunakan Saudi Air. Masa pergi semua ok, bila balik, kami dapat tiket berlainan tempat. Merata-rata kami anak-beranak terpisah. Mana boleh macam tu kan. Dan penerbangan dari Madinah akan transit ambil penumpang di Jeddah. Di Jeddah, masalah timbul apabila seats yang kami duduk adalah seats orang lain. Sebelum tu, saya bercakap dengan cabin crew yang kami keluarga dan bawa anak-anak jadi nak satu row kalau dapat. Dia janji akan selesaikan masalah kami. Dia ketua kabin ke supervisor, saya lupa dah tapi dia memang cekap. Kami berterima kasih pada dia sebab akhirnya kami dapat duduk satu row. Anak-anak masa tu tengah tidur, kami terpaksa angkat dan dukung sementara menanti urusan selesaipun mereka tak terbangun. Transit yang sepatutnya sejam jadi dua jam. Memang pengalaman tak boleh lupa. |
 |
Mereka tidur sepanjang perjalanan lebih kurang 7 jam lebih dan pada jam terakhir baru bangun. Masa ini mata saya semakin kemerahan. Infeksi rasanya sebab debu yang banyak di sana. |
 |
Tak duduk diam mereka ni. Biarkan saja sebab dah nak sampai. |
Ok saya habiskan cerita umrah ini. Saya memang bukan seorang penulis yang baik. Di atas, beberapa keping gambar kami di Madiinah dan dalam perjalanan pulang. Apa yang saya nak simpulkan ialah, perjalanan menunaikan umrah dengan membawa anak-anak kecil itu bukan sesuatu yang mustahil ataupun menyusahkan. Percayalah, bila kita yakin pada Allah, Dia pasti permudahkan urusan kita. Anak-anak saya sampai sekarang asyik sebut seronoknya ke Mekah dan Madinah dan mereka nak pergi lagi. InsyaAllah moga Allah lapangkan lagi rezeki kami akan datang.
Saya sendiripun rasa rindu sungguh untuk kembali ke sana, tambah-tambah lagi umrah tempoh hari tak sempat menziarah ke Raudhah. InsyaAllah..kami akan kembali ke sana lagi. Amin. Cabaran beramal pun terasa aman sahaja di sana. Tiada banyak benda nak difikirkan, dirisaukan. Bila ke masjidil haram, solat maghrib dan sambil menunggu solat isyak, dapat buat solat sunat, membaca al-quran dan juga di setiap waktu solat lain. Tapi, bila balik ke sini, nak istiqamah itu sungguhlah payah. Moga Allah berikan saya kekuatan untuk memperbanyakkan amal ibadat tak kira di mana berada. Amin.