Awal pagi tadi saya bermimpi menziarah K Eda bersama rakan. Memziarah kerana suaminya, juga sahabat kami meninggal dunia. Tersentak saya dari tidur. Dalam masih mamai itu, tiba-tiba kedengaran sms diterima di handphone. Saya baca dan lagi tersentak sebab ia merupakan makluman yang sahabat kami itu, saudara Hamidi Hasaan atau lebih dikenali dengan panggilan abg Kusan telah kembali dijemput Ilahi. Allahuakbar. Saya khabarkan pada suami, rupanya dia sudah pun menerima kiriman dan panggilan sebelum saya.
Sekalung alfatihah buat allahyarham. Arwah yang saya kenali sejak zaman universiti merupakan seorang yang tabah. Banyak benar dugaan, ujian yang dia lalui. Turun dan naik kehidupan yang kami sendiri rasa tak mampu untuk dihadapi namun dia tetap dia. Seorang yang sangat humble, mungkin keras hati sebab dia ada pendirian sendiri. Mungkin ramai yang persoalkan apabila dia tidak menamatkan pengajian ijazahnya suatu masa dahulu untuk menceburi perniagaan. Namun, arwah seorang yang baik. Suami selalu puji dia pandai masak masakan cina sebab arwah berketurunan cina. Masih ingat ketika kami baru pindah ke rumah sewa sekarang, arwah dan isteri merupakan jiran belakang rumah kami sebelum mereka pulang ke Ipoh. Saya masih ingat masa arwah temankan suami (masa itu sebelum kahwin lagi) ke rumah kakak saya untuk sesi perkenalan. Dan terakhir kali, kami jumpa di rumah pak ayob beberapa bulan lepas. Arwah sudah lain benar, sangat kurus namun sikapnya sama seperti dulu. Arwah menghidap kanser. Kanser yang bermula dari hidung dan seterusnya merebak ke otak arwah. Moga Allah tempatkan arwah di kalangan para solihin. Dan Ya Allah, berilah ketabahan yang hebat juga untuk isteri dan anak-anaknya menghadapi kehidupan mendatang.
Saya begitu teringin nak menziarahi arwah, sejak minggu lepas, sehari sebelum aidiladha apabila kami dimaklumkan arwah dimasukkan ke hospital dan dimaklumkan tiada harapan untuk sembuh. Perancangannya hujung minggu ini kami nak ke sana memandangkan sepanjang minggu lepas kami di terengganu. Namun, perancangan Allah itu lagi hebat. InsyaAllah suami dan rakan-rakan lelakinya akan ke sana. Saya nak ikut tapi suami minta saya di sini sahaja :(
Sahabat-sahabat, sedekahkan lah al-fatihah buat allahyarham Hamidi Hasaan.