Showing posts with label breatfeeding. Show all posts
Showing posts with label breatfeeding. Show all posts

Friday, November 28, 2008

Summary

Dalam tak menang tangan menyusun jadual utk sepanjang miggu ni, seperti saya mentioned dlm entry lepas, banyak juga perkara yg sungguh terkesan di hati saya. Rupanya kesibukan ini juga membuatkan akal kita jadi semakin aktif berfikir, membuatkan diri makin kuat dan cekal. Ummi bersyukur walaupun mungkin pertolongan tak seberapa, ummi masih mampu uruskan ayah ngah@tok abah sepanjang dia di sini. Juga dapat menjalankan tuntutan dan tanggungjawab diberikan dengan baik. Btw, production susu juga mantain, yang ni memang ummi pun tak sangka, dalam kelam kabut itu, ummi managed pump susu mcm biasa, adalah hari yang skip jadual tapi mesti pump juga di waktu lain. Utk updates, setiap kali ummi perah dapat lah dlm 5-6oz. Alhamdulillah lah. Ummi paste kan gmbr stok susu shingga minggu lepas. Stok bulan 8 dah habis, skrg tgh nak habis kan yg bulan 9 sebab akan expired pd bulan depan.


Allah sentiasa bersama dgn orang2 yang sabar, yang sentiasa mengingatiNya kala senang dan susah.
Dia permudahkan urusan ummi untuk menguruskan dua anak kecil itu sendirian sepanjang minggu ini dan semuanya berjalan dengan baik. Adik pun macam faham2 je, lepas mandikan dia maghrib tu, dia akan minum susu dan tidur. Jadi sempatlah ummi mandi dan solat dgn tenang. Aisyah pun not bad, ok juga, cuma ada lah waktu-waktu dia moody, dia mengamuk juga tapi masih ummi terima dgn akal waras ini. Abah hampir tiap2 hari dalam minggu ni blk kul 3am. Sempat jumpa anak-anak sekejap je di waktu pagi. Takpelah, ummi pun kena cuba memahami tugas abah. Projek ni pun penting utk prospek keje dia akan datang.

Moga-moga kita sentiasa hadapi hari mendatang dengan tenang dan sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Seringkali terdengar ayat ini dibualkan akhir-akhir ini 'Tuhan sedang 'berbicara' dengan kita'. Ya memang benar.

Sekian.

Monday, November 17, 2008

terkenang saat ini( update)

erkk..tetiba ummi upload gambar ni.. aisyah umur 4 bulan plus.. tengoklah tangan dgn kaki dia berketak ketak tu.. Gambar ni masa pergi tgk ammar abdul rahman baru lahir. Ammar tu sepupu aisyah. Ummi agak tembam sbb masih lagi dalam tempoh bercuti panjang di umah nenek. Abah masa ni outstation di kelantan. Tapi hampir hari2 ulang alik umah nenek.

Ummi baru berpeluang nak update ni. Masa ummi lahirkan aisyah, ummi tgh sambung belajar. Bila aisyah lahir, kira terus balik kg lah. Lab work dah siap, kena draf thesis je. Kebetulan abah pula kena outstation di kelantan utk jgka masa yg belum tahu waktu tu.. So seronoklah ummi balik kg lama. Seronok juga sbb makan org urus, baby aisyah pun nenek mandikan. Ummi rehat je layan baby, pump susu, tgk tv cerita bawang putih bwang merah (waktu tu), kenal SI, baca buku. Itu je keje ummi seharihari sehingga aisyah umur 5bulan lbh baru kita balik Serdang semula. Tu pun sbb abah dah habis keje kt kelantan then, ummi ada interview. Sekali lepas interview, ummi dapat then terus start keje.

Huh rehat panjang selama lbh kurang 6bln lbih tu mmg menyebabkan SEKARANG ini bila adik khadijah meragam malam2, abah dgn ummi mcm haru biru juga lah kan. Yelah dulu masa aisyah dlm period masih lagi bangun malam, merengek bagai, nenek ada, tokki ada. Ummi pula tak keje jadi tak terasa penat dan tensen sgt. Sekarang ni rasakanlah kan abahummi.. Ala-ala pengalaman baru gitu. Huhu..

Apa ummi nak cerita td sebenarnya??mcm lost pula tiba-tiba...
Ummi cerita hal mcamne ummi kenal susuibu.com lah eh.. Masa mula2 aisyah lahir, mmg dapat susukan dia dlm satu jam pertama. Intention nak fully bf mmg takde, tak terfikirpun, even boleh kata takde persiapan pun cuma yg ada dalam fikiran,memang automatic ada anak, ada susu. Boleh gitu? Bila balik umah, aisyah mcm tak puas minum, mak suh bg susu fm. Walaupun mcm confuse nak bg ke tak, tp bagi juga lah. Bila sampai trg, breast engorged tp puting dah melecet, sakit tul.. Solutonnya perah pakai tangan, mula2 hnya dapat 1/2 oz. Pastu muncul di ingatan kata, mmm..not bad lah kan perah pakai tgn utk beginner dpt byk tu. So since that, perah dan perah hingga hasilnya dpt dlm 5-6oz and even lebih. Spanjang tempoh 6bulan tu mmg ummi perah pakai tangan je.

chop!kena stop dulu. Ada meting 2.30 jap lagi. Nnt ummi sambung kat entry lain k..

Friday, October 31, 2008

ebm production dropped?

*update* tajuk telah ditukar kerana rasanya tidak berkaitan sgt dgn main content article.
Btw, mslh msh belum totally resolve. Production msh di takat sama, weekend lps tak de buat apa sgt pun, susah juga nak pump bila duk umah, senang bg direct je kn. Apapun, lets give myself 1-2weeks to see the result. Well, rome wasn't built in a day rite?..

Mm..ummi tengah risau tp buat2 tak tahu je ni... sebab??!! susu ummi mula berkurang. Ingatkan sementara je tp rupanya takde perubahan sejak beberapa hari ni. Tapi, mujur lah yang khadijah tak heavy feeder jadi cukup lagilah susu ummi, cuma tak buat stok beku. Masih dapat bagi aisyah sebotol sehari, stok beku pula hanya amik sebotol sehari je.


Tapi, ummi rasa kena rajin-rajin ni, disiplin pump susu semula. Bila fikirkan banyak faktor yang menyebabkan susu ummi dropped tetiba. Listnya adalah:
1. ummi tak konsisten pump susu semenjak balik dari cuti raya ni - hanya pump sekali waktu subuh, dan tghri kat ofis. Sesi petang selalu skip sbb kekadang busy, tgh meting, jadi dah tak pump (ke excuse jer?? - tp memang betul ummi busy sungguh skrg ni)
2. to make it worst, sabtu lepas ummi exhausted sbb muntah 2x keluar segala isi perut, akibatnya isnin baru ok, then perasan breast tak engorge mcm biasa dan susu mula sket. Ummi muntah sbb lambat makan, perut masuk angin.
3. Relax-relax je sbb fikir ebm dh banyak, tp sekali bila tiap kali pump hanya dapat half dari biasa, ummi dah mula kelam kabut ni.. (huhu padan muka ummi sbb take things for granted sgt..)
4. Ummi mmg dah lama tak mkn foods yg blh tambah susu. Organic soya tak minum lama dah, oat pun sama, halba segala bagai lah pendek kata semua tak disiplin makan.. - ni memang kena ketuk kepala lah. Sendiri mau ingat sebab mmg salah diri sendiri kan..

Oleh itu, ummi kena lakukan transformasi bermula hari ini juga sebelum terlambat. Ummi tulis entry ni juga sbb kwn lama ummi, auntie mimi azreen pun tanya ummi mcamne nak up kan blk production susu. So ummi nak share lah apa ummi biasa buat utk mantain susu sebelum ni (read:sebelum kejadian susu dropped ni k) untuk kepentingan bersama dan terutama untuk naikkan semangat ummi sendiri. What will ummi jote down nnt might not be effective to other people but, ini lah yg ummi intend nak buat lepas ni.

1. Kena minum banyak air. Ni true story ever lah kn. Masa mula2 adik balik dari hosp dulu, susu ummi hanya dapat dlm 3-5oz each tiap kali pump. Oh ya jadual pump pun sama hanya 3x sehari. Sebulan sebelum puasa, naik jadi 6-8oz per session. Mantain sampailah skrg jadi half semula. Eh ummi nak cakap tadi yg pd waktu tersebut, ummi memang bekal air kat sebelah tilam supaya tiap kali terjaga dari tidur, ummi akan minum air.
2. Kerapkan pumping session. Ni pun mmg proven lah, sape nak tingkatkan pengeluaran susu, kena kerapkan lagi sesi pam susu. Ummi tgh pk nak tambah 1/2 session, myb pd sebelah mlm sblm tidur dgn kat ofis buat 3x sessions. Mudah2an berjaya. Kita tgk nnt k..
3. Kena mula minum air rebusan halba. Pagi tadi ummi dah start semula. Bila lama tak minum, memang payah gak lah nak habiskan tapi bila fikirkan nak susu banyak, jadi telan saja lah..
4. Kena amalkan minum oat tiap2 pagi dan juga minum soya tiap2 hari. Soya, oat semua dah ready kat umah, tinggal malas nak bancuh je. Apalah ummi ni kan..
5. Kena makan kurma, kismis byk2. Ni pun sama, stok dah ada, malas nak ambil makan. Nak makan pun susah ke?? Ummi mmg tak makan byk, kekadang byk sgt benda nak buat sampai lupa makan.

Apa lagi ek.. rasa2 mmg itu je lah yg ummi buat sebelum ni. Mungkin nampak macam biasa je kan, tp itu lah hakikatnya. Cuma oh ya 6. Makan sayur banyak2. Ummi mmg suka masak sawi, kobis, kobis bunga, carrot, brocolli etc. Dan juga 7. Banyakkan doa. Inilah senjata utama kita. Ummi doa supaya Allah banyakkan susu ummi supaya anak2 ummi dapat khasiat terbaik dari susu tersebut. Ummi mohon agar Allah berikan ummi kekuatan, ketabahan dan disiplin yg tinggi semasa mengepam susu.

Ummi terfikir nak beli 8. Air longan. Ramai yang cakap boleh tambah susu. Dulu ummi dah pernah beli dan try rebus buat air. Cuma macam kurang best rasa nya tapi ingat nak try lagi lah kali ni. Dan juga 9. Kena cari masa utk rehat mencukupi. Ni memang betullah. Myb jd satu faktor juga susu ummi kurang sbb ummi rasa penat sgt, sungguh busy lately dgn keje ofis dan hal rumahtangganya. Ok take enough rest k. Rasanya itu sahajalah dulu misi ummi untuk waktu ini. Kita tengok progress nya dalam beberapa hari ni.

Btw, ummi cuti hari ini. Saja je cuti untuk melapangkan diri, hantar anak-anak pergi umah pengasuh mcm biasa. tapi skrg ummi kat ofis.. hihi ummi ni kan pekerja yg komited. Mesti nak datang juga sekejap. Tadi hantar report pd ketua lab. Mereka ada mesyuarat. Sekejap lagi ummi nak pg mph, nak cari buku utk aisyah, nak singgah carefour beli barang dan adalah beberapa perkara lagi nak buat. Nak kemas umah, nak masak.. hihi.. dah lah k.

p/s: kalau sesape ada cadangan utk saya tambahkan susu, sila lah bagi pendapat yea..thanx..

Friday, October 24, 2008

23/10/08 khadijah's check up

Minggu ini merupakan minggu yang sangat sibuk bagi ummi. Sekejap lagi, ada jamuan raya. Semua staf dah pergi, ummi baru je sampai ofis ni, baru balik dari hospital ambil ubat khadijah. Jadi, ummi decide nak pergi pukul 10 pg je, majlis start pukul 10.30pg. tapi baru terinagt yang ummi tak tahu tempat.. erkk..tadi mcam confident je tau.. alamak nak kena pergi cepat lah ni, tak pe sikit je nak tulis ni...

Semalam bawa khadijah pergi jumpa paed. Dapat pula dgn ketua jbtn paed hosp serdang. Lama juga lah discuss dgn dia. To cut short, alhamdulillah adik sihat sahaja instead of ada sedikit selsema (btw skrg kan musim hujan, mmg tak dapat nak elak lah..) Tapi doc ckp tak payah risau, biar je. Minta ubat pun dia tak bagi. Dia cakap biar baik sendiri. Berat adik skrg 4.43kg je? last month was 4kg.. huhu sedikit je naik.. tapi takpe lah doc cakap asal ada peningkatan ok lah tu.

Doc cakap continue breastfeeding sampai adik umur 8 bulan nnt (corrected age 6 months lah) baru start solid. Sekarang ni bagi je susu banyak2. Good for her. memang ummi plan nak bagi adik makan tunggu lagi 2 bulan. Biar adik dah besar sket. Skrg ni rasa kalau bagi makan, mesti adik tak minum susu lah. Dah lah minum pun tak banyak sgt. lagipun risau kalau perut ke, usus dia belum betul2 matured and not ready nak terima solid food/ plain water. So sesape yg ada suggest kan ummi campur fine cereal dlm susu ke, bg air masak ke, sorry! memang tak boleh k..

Apapun, adik kena continue makan ubat. Ada 4 jenis. Then, doc suh ummi makan nutritious foods, take supplements supaya breastmilk ummi lebih berkhasiat utk keperluan adik juga.

Ok tu je update. Have to go...
See ya next week je k. Hari ni myb amik half day, balik rawang.

Friday, October 17, 2008

Aisyah back to ebm

Alhamdulillah aisyah kembali minum susu ummi..
Ingat lagi dalam previous entry ummi ada cakap yg ummi akur bila aisyah taknak minum ebm dah sejak blk dr trg last weekend. Tp beberapa hari lepas, sambil2 ummi tgh sembang2 dgn abah. Ummi cakap lah yg aisyah dah tak nak minum tp jawapan abah yg menyebabkan ummi terkesima nih 'syg try lah bagi lagi susu syg kat aisyah tuh, kan dia belum 2thn lagi. Nanti menyesal tak sudah pulak..'. Erkk..tetiba ummi jadi bersemangat semula nak terus bagi susu kat aisyah. Memang pun sebelum ni mmg ummi niat sampai 2thn at least, nak bg ebm kat aisyah, tu pun kalau dia nak tp bila byk kali dia reject minggu lps, ummi jadi down pula. Ada tu tu smpai 5-6oz buang mcm tu je sbb dia dah minum pastu tetiba tak nak dah..
Tak sangka pula abah concern psl ni, walaupun kekadang abah buat tak tahu je.. (mentang2 lah susu ummi byk, pastu pam pun takde masalah, adik pun ok, abah nampak mcm relax, mantain cool je.. - tu ummi ingat abah tak kisah..hihikk..)

Dua tiga hari lepas pula, ummi try bagi dlm 2-3oz fresh ebm kat aisyah. Sekali habis dia minum sampai tak cukup. Reaksi dia pun macam takde apa, kalau sebelum ni, bila dia tak suka, dia tgk pada botol dia, pastu cakap pedas. (aikk pedas ke susu ummi?)
Jadi, moga-moga ummi lebih bersemangat nak teruskan bg aisyah susu ummi dan lebih kreatif provide ebm dalam pelbagai menu selain fresh ebm semata.


Monday, October 13, 2008

Back to the routine again..

At last, cuti panjang itu berakhir jua. Jadi, ummi keje macam biasa lah mulai hari ini. Banyak nak cerita ni, tp banyak juga benda nak buat. So, i will slowly take my time lah nak update cerita2 itu yea..
Pertamanya, khadijah dah 6 bulan. Mm..mmg dah besar anak ummi ni. Ramai yg cakap walaupun adik nampak kecik tp tulang dah kuat. Tak suka baring tapi suka kalau orang pegang, duduk kan dia ke. Gmbr nnt ummi letak k, tak upload lagi. Dan yg paling syukur sbb kerisauan ummi berkaitan adik tak nak minum susu thru botol dah berakhir. Syukur alhamdulillah. Nampaknya ummi yg kelam kabut sgt risau..hihi.. Ummi ada beli teat brand fiffy spt kwn ummi, cik mimi cadangkan masa kita kat umah nenek lagi hari tuh tp tak sempat nak try. Pg semalam baru ummi sempat try, and to my suprised, adik minum tanpa tumpah pun susu tu, habis gak dlm 1 oz. Syukur sgt.. Ummi tak kisah kalau adik tak habis kan pun, sbb adik mmg pattern minum sikit2 tp kerap.. Pastu semalam ummi dgn abah mmg plan nak keluar pergi cari kelambu adik utk bwk pg umah pengasuh sbb kelambu kakak pengasuh tu dah koyak, kesian pula khadijah kena gigit nyamuk nnt. Sekali ummi ckp kt abah jomlah kita pg sogo, ada warehouse sale. Pastu tgk ada jual botol breastflow the first year tu murah 50%. Abah pun setuju lah pg. Ummi plan pg sekejap je, jd ummi bawaklah kakak dgn adik sama. Tak bwak stroller pun.

Akibatnya mmg takde lah shopping sgt, mujur juga.. (kalau tak, melayang lagi duit abahummi..) ummi beli botol breastflow tu tp satu je, sbb takut tak sesuai dgn adik. Sekali bila try bagi adik, ok pula adik minum.. adushh menyesal pula tak beli lebih... mm mlm td abah offer nak pg sogo beli lagi botol tu, tp bila ummi pk balik, kesian pula kt abah nak keluar lagi, dah kul 8 msa tu.. ummi cakap takpe lah abah, kita beli tmpat lain lah, takpelah takde sale pun, asal anak dapat minum, berapa harga pun tak kisah.. Abah cakap ok. Abah ckp kalau hari ni dia sempat pg JJ, dia beli kan lah kalau ada.

Jadi, pagi td ummi bekal kan dua2 jenis botol tu, botol biasa dgn teat fiffy, then wide neck botol breastflow tu. Kalau tanya ummi, mmg prefer suh adik minum guna breastflow bottle sbb lbh kurang mcm breast teat dia tu, tp apapun ummi dah minta tolong kakak pengasuh tu tengok mana yg adik prefer lah.. Jap td pun ummi call tanya khabar adik dgn kakak, kakak pengasuh tu cakap adik ok. Dah minum susu tp tak habis (each bottle ada 40-50ml ebm), skrg dah tidur. Kakak aisyah pun ok. Senang hati ummi.. tghari nnt ummi akan balik pg tgk anak2 ummi, mungkin boleh tanya kakak pengasuh tu lebih detail... :) (big grin = relief)

Namun begitu, sejak beberapa hari lepas, aisyah pula dgn jayanya tak nak minum susu ummi lagi. Agaknya dia dh pandai differentiate rasa susu dia. Bagi yg fresh baru perah, siap suam2 lagi pun dia tak nak. Mmg kes kronik ni. Dan ummi akur, (cuma dok terpikir, apalah aku nak buat dgn susu dah perah ni? byk juga lah yg buang je susu tu hari tu) tp hari ni dah start balik dah rutin pam susu mcm biasa. Cuma peti ais tak sempat nak organize lagi. Ada 16 botol susu MLO ummi tinggalkan kt umah kakak pengasuh sblm raya hari tu, incase blackout umah masa cuti raya,since kakak tu tak balik kg. Kt umah hanya ada 3 botol dgn liner (tak pasti berapa byk) yg tunggang terbalik dlm peti tu..

Sepanjang dia bercuti kat umah nenek (umah mak ummi lah tu) dia mmg menunjukkan kematangannya, skill bercakap yang sgt bagus sampai ummi tak sangka anak ummi boleh buat ayat begitu. Utk makluman kawan2, aisyah mmg dah byk mulut since dia 1tahun 6 bulan, skrg 1tahun 10bulan. Dia dah pandai sembang dengan nenek tokki dia. Yelah sbb since selasa lepas, semua adik2 kakak ummi dah balik kampus, umah masing2. Yg tinggal tokki, nenek, ummi, aisyah dan khadijah. jadi, tokki dgn nenek memang layan je lah aisyah. Conversation yg plg ummi tak sangka:

1.
Aisyah: Nenek, g mana?
Nenek: Nak g kedai..
Aisyah: Nak ikut.. Jom..
Ummi: kalau nak ikut, kena pakai tudung dulu.
Aisyah: nak tudung, nak tudung (meluru masuk bilik cari tudung..)

2.
Ummi: Aisyah, tokki mana?
Aisyah: Tokki g surau, solat, semayang..

3.
Aisyah: Nak makan cat... nak makan fish
Ummi: Makan cat? fish?
rupanya dia nak bagi cat dgn ikan makan fillet.. tokki lah ajar dia bagi makan. Pastu tak nak berhenti lak tu.

4. ni incident kat kedai.
Aisyah dok dalam troli, ummi amik lah brg pegang. pastu dia minta, letak sini, letak sini. Oh rupanya dia suh letak brg tu dlm troli. Ni mesti hasil pengamatan..
nak beli selipar kt dia, since dia takde selipar, sandal adalah. Pastu takde corak yg utk budak perempuan. Yg ada gmbr superman. ummi duk sembang lah dgn tokki, cakap takde gmbr sesuai. Sekali aisyah boleh cakap. nak selipar superman...
aikk pndai pula dia sebut tu, akhirnya tokki pun beli jugak lah selipar superman tu..

Kalau suh bilang satu - sepuluh, one to ten mmg dia dah lju lah. ABC pun blh sket2 tp ummi tak konsisten ajar lagi. Yg dia selalu sebut.. A, B, I, J, K,L,M... C,D sampai H mana entah hilang..huhu..
pastu dulu msa dia kecik, ada beli kan dia board puzzle. Tp dia mcm tak pandai nak susun elok lagi. Dalam bln puasa hari tu, saja keluarkan blik mainan lama dia, sekali dia main puzzle tu dan berjaya susun sendiri dgn jayanya slps beberapa kali je ajar. Mmg betul org ckp development anak2 ni mengikut kpd kesediaan anak itu sendiri.
And i'm proud of you, aisyah dear. Instead of suka juga kacau ummi dgn adik, the worst thing, susah benar nak pakai pampers lps mandi..(huhu tu yg plg tension bg ummi, yg lain kira acceptable k..) tp you're such a good girl though. Mmg hakikat seorang kanak2 kan, mereka masih terus belajar.. dari pengamatan dan contoh terbaik adalah ibubapa sendiri. Yg penting jgn give up eventhough terpaksa ulang byk kali ajar sesuatu benda tu.., sbb hasilnya nnt sgt mengkagumkan. You will be suprised as i did..

Wednesday, October 8, 2008

Update Khadijah

Ummi hadapi dilema baru ni. Memandangkan ummi cuti pnjg kali ni, khadijah dgn jayanya telah menolak puting botol utk minum. Memang melekat je lah dengan ummi. Badan pun dah makin tembam, ummi suka lah kan tp part yg taknak minum thru botol tu merisaukan ummi. Macamane minggu depan kat umah makcik nnt. Kesian kat kakak tu nanti nak handle khadijah.

Everytime bg botol mesti dia nangis punya, kalau org lain bg pun sama. Last nya end up dgn bagi breast jugak. Uwaa..ummi dok pikir worst to worst mmg kul 10pg, 1 tghri nnt ummi kejar balik umak kakak tu nak bf khadijah je lah.. Mesti melalak lah anak dara tu..huhu.. Any idea kawan2 mcamne lagi nak buat? Ke ada puting botol yg sesuai boleh dicadangkan? So far, saya guna puting brand japlo sbb kecik. Dulu try avent dia taknak. Tp skrg tak try lagi. Tak bawak balik puting avent.
Alhamdulillah production susu memang ok lah since asyik direct je kan. Spanjang bercuti ni, hanya pump sekali je waktu pgi dapat lah 9oz, penuh botol avent tu, pastu dah berhenti pump. Rasanya kalau pump lagi ada lagi kot tp sebab malas...hihi..
Tu pun pump bagi aisyah minum since adik tak nak. Ada juga yg buang je. Kali ni tak buat stok beku sbb rasanya leceh nak travel balik nnt.Lagipun stok beku kat umah dah byk sgt. Adik pula yang taknak minum. Risau ni..risau ni..

Thursday, September 11, 2008

PhD??

mm.. ummi tengah tunggu untuk viva ni, rasanya lepas raya lah kot, call GSO, rupanya mereka cakap sorang examiner tarik diri sbb tgh sabatikal jadi kena lah nominate baru,,,huhuh..ambil masa lagi tu, memang confirm lepas raya lah ni..Takpe lah. Pastu Dr Y tanya awak tak nak sambung PhD ke? mm..ummi memang cakap niat tu ada tapi tunggu dulu lah, bukan dalam masa terdekat ni, tunggu settle msc ni dulu.. Bila ummi bagitau abah, abah beria2 pula suh ummi sambung. Biar benar abah ni... Ummi baru je rasa nak relax dulu ni..
(p/s:abah, cakap hari tu nak buat PhD kt oversea..hihi..so offer ni tak payah dulu lah eh..)

EBM Khadijah
Ummi tgh confuse sket ni, ummi bekal kan adik 8 btl x 1.5oz ebm tiap2 hari kt umah pengasuh. 3/4 btol forzen, selebihnya fresh ebm. Masalahnya, adik mmg tak berapa suka minum pakai botol, tp sbb kena paksa, dah ok sket lah. Pastu pulak dia macam tak berapa suka minum frozen ebm,habis disembur2 kekadang tu.
Botol susu dah habis simpan stok (21 btl), skrg pakai liner, sehari ummi blh dapat dalam 20oz lah total ebm. 3-4 oz bekal adik pergi umah pengasuh, 8-10oz simpan frozen, selebihnya bagi aisyah.. Skrg ni, since stok beku mcm lambat je bergerak, ummi jd malas pula nk simpan beku, jd ummi bg kat kakak lebih, 4-5 oz je (pakai liner) simpan utk beku tiap2 hari..

Since adik tak suka frozen ebm, ummi blh je bg fresh ebm semua tp dok pk, nnt nak buat apa dengan stok frozen yg dh byk tu (adalah dalam 40 lbih (btl+liner)stok ebm? So, mmg ummi confuse ni,kekadang mcm malas nak pump..
mmm..ada kengkawan blh tlg saya bagi pandangan?...


Ni lah gambar stok ebm khadijah dalam minggu lepas kot. Mungkin takde lah sebanyak org lain..

Oh ya, ni stok baru buat pertengahan bulan 8 hari tu setelah stok sebelumnya terpaksa dibuang sbb peti ais tu rosak..huwaa..tp positif, bukan rezeki khadijah lah tu. Alhamdulillah manage kumpul stok semula sebelum puasa, risau kalau waktu puasa ni susu kurang tapi Alhamdulillah juga, production mantain setakat hari ini..cuma ummi je cam malas2..huhu.

Monday, August 25, 2008

habit baru..

Aisyah mula pndai meniarap sendiri, exactly msa umur dia 4 bulan. Comel sungguh tambah dgn badan debab dia tu.. tp adik skrg ni walaupun dh 4bulan stengah tp msh mcm baby umur 2 bln. Mmg pun kna backdated perkembangan dia since dia lahir pn awal 2 bulan. Walau apapun, ummi enjoy dgn pekembangan adik sekarang. Bdan dh makin tembam, dah mula habit baru bangun main tgh malam. Pastu nk ummi pegang, kalau letak je atas tilam terus nangis. Wah..haru juga ummi mula2 tu, tp kena sentiasa ingatkan diri sendiri, mmg ini normal lah ada baby kecik. Walaupun msa kakak kecik dulu, kakak xbangun main tgh mlm. Lg pn msa tu ummi kt umah nenek, jd nenek ada tlg tgk kn kakak. Sekarang kt umah kita, nk xnk kena lah ummi bangun juga melayan adik. Klu tak, mahu satu jalan tu dgr adik nangis..huhu.. Dan ummi percaya, habit adik tu akan hilang sendiri nnt, tapi, harap2 cepat2 lah adik berubah xbangun malam lg yea..(sian lh kt ummi pening2 tak cukup tidur kt ofis..huhu)

Kumpul stok

Mmm..ummi nk cerita sket psl tgh kumpul stok susu utk khadijah sbg preparation utk bulan puasa. Oh ya sblm tu, nk maklumkan yg adik minum xbyk lg skrg ni, dlm 8-9oz je siang hari bla ummi pg keje, tp blk umah mmg bf direct, xsure lh byk mna tp rasanya mmg byk sbb, pg2 tu bla tukar pampers, msti basah lencun.

1st episode
ummi mmg dh lma kumpul stok since adik kt wad NICU lg, disebabkan adik minum xbyk, jd blh lh ummi bg kakak minum sama susu tu. Biasa ummi pum 3/4x sehari je. In total dpt lh simpan dlm 3/4 bkas dadih abt 2.5-3oz each. Slebihnya ummi simpan bg kakak dgn 4oz lg smpan utk bekalan adik kt umah makcik. Satu hari, abah xperasan dia xtutup rapat peti ais. Kesimpulannya, bla ummi blk umah dlm kul 6ptg, terkejut tgk semua susu kt bhgn atas dh tukar jd 2layer. Huwaa..menitik juga air mataku, tp bertenang2, xnak emosional lbh plak..dh lh pd hr yg sama, abah dpt notis kna pg training 2 bln stengah. Terduduk gak lh ummi, pastu pk mcamne nk bt, Mmg dh tau klu cair mmg xde hrapan nk smpan. Pti ais pn dh xsejuk. Rosak lh agaknya sbb lma sgt dlm keadaan mcm tu.
Tepon pn kamariah, mama moderator Susuibu.com. Pn kamariah ckp mmg xblh smpan. So after 2 days gak, mmg all the milk went down the drain. Abah yg buangkan, ummi xsampai hati. Ada dlm 60 bkas lbh, each 2.5-30z. Full stop.

2nd attempt
Ni msa awl bln 8 hri tu, since stok dh kosong. Ummi terpaksa stop bg susu kt kakak dlu sbb nk kumpul stok at least ada dlm 20 botol ke dlu. Kali ni ummi nk smpan pkai btol susu terus, so ummi bli btol BPA-free brand mlo. Bersemnangat ni, and alhamdulillah stakat pg td, ada dlm 28 botol each 4-5oz. mmm...berbunga-bunga hati ummi. Ummi dh start bg kakak minum susu ummi semula dh bbrapa hr lpas sbb susu dh byk terkumpul kn. Rasanya utk stok bln puasa dh cukup, tp xblh bt malas2 pla, kn bt nya adik tetiba dpt growth spurt minum skali byk, kn pengsan lak ummi nk pum susu nnt, jd baik ummi prepare awal..

tp ada gak kegusaran, takut smpan byk2 kn skali jd lg peti tu rosak ke apa. Hr tuh hntr repair peti ais hbs gak rm350. Huhu..tp rsa mcm xbrapa sejuk, ke perasaan ummi je ke tak tahu lh. Nk bli baru wah byk gak tu modalnya. Doa2 ok lh peti tu..

p/s: gmbr stok susu nnt ummi upload, hr ni xbwk extrnal hard disk lak..