Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Khadijah and tantrum

Anak ini memang berbeza. Saya sentiasa ingatkan diri bahawa dia adalah istimewa, kerana Allah panjangkan umur dia selepas dia lahir dengan peluang survival tidak sampai 50%. Allahuakbar tetapi dialah baby yang eventful suatu masa dahulu sering menguji tahap iman dan kesabaran saya. Sampai satu waktu, kalau dia tantrum, saya duduk diam tengok je. Last sekali bila dia dah restless, saya cakap dah jom peluk ummi, elok je dia datang peluk dan habis tantrumnya yang amat hebat tadi. 

Mid child syndrome? second child syndrome? Bila saya tanya pada paed dia, paed dia cakap it's normal. It's a second child syndrome. Don't worry. Tetapi, saya tidak mahu ia menjadi rutin seterusnya merosakkan emosi Khadijah. Selalu saya cakap kat mak saya, saya sentiasa pening dengan Khadijah ni, kalau larang dia buat sesuatu, 3-4 kali kita ulang larang/ minta dia berhenti tu biasa sangat sampai kekadang kena pergi bagi tanda sket macam pergi tepuk dia ke, cubit sket ke, tarik tangan dia tanda suruh berhenti buat. Kalau tidak, dia buat tak tahu je. Contohnya pergi kacau adik, suka benar peluk adik macam nak smackdown tu sampai menangis menjerit adik dibuatnya, takpun dipukulnya kakak berulang kali. Pendek kata, dia memang sentiasa jadi pencetus. Hilang sabar juga dibuatnya kekadang.

Ok saya mak anak 3. Belum lagi jadi mak mithali. Masih jauh jalannya. Kekadang si kakak pun mengada-ngada nak perhatian, tidurpun nak bertepuk, bangun pagipun nak berdukung nak kena mandikan. Dia yang nombor dua pun sama, tetapi ada masanya dia lebih independent. Si kecil nombor tiga tu memang centre of attraction lah sebab dia bongsu dan masih kecil. 

Malam tadi kami sampai rumah lambat dalam pukul 9.30 malam selepas keluar lewat petang pergi cari telefon baru untuk adik saya, kemudiannya makan malam dan solat semua. Sebab mereka tak tidur siangnya, si kakak berdua tu lah, maka belum sampai rumah masing-masing dah terlelap dalam kereta. Mm..memang pasti ada yang akan melalak sebab kena paksa bangun kemudian basuh badan dan tukar baju tidur. Dan memang betulpun, mula dengan si kakak, sampai Adampun tak boleh tidur kemudian akhir sekali Khadijah lah paling lama mengamuk. Aisyah cakap dia tak nak mandi, oklah pergi buang air je. Kemudian tukar baju, nak tidur sebelah ummi padahal tempat tidur dia tak sebelah saya patutnya. Takpe layankan je dulu, kemudian nak bantal peluk, saya bagi yang itu dia tak nak, sambil merengek-rengek menangis, nak yang lain, saya kata kakak bangunlah ambil sebab saya tengah tidurkan Adam. Dia tak nak, pastu nak suruh tepuk pula. Allahuakbar, yang dua lagi tu tengah nangis juga. Ok bertenang ummi. Tepuklah juga si kakak sebab saya kena pastikan semua tidur ni. Selesai dengan kakak, nak selesaikan Khadijah. Dia cakap nak tidur sebelah ummi juga, ok saya cakap jomlah tidur sini, sebelah saya juga tapi sebelah Adamlah sebab mestilah Adam tidur dengan saya kan. Oh dia tak nak, pujuk-pujuk tak jalan juga, Dia cakap nak tidur kat bawah pula, ok bila ajak dia tak nak pula. Saya dah hampir hilang sabar jugalah sebab menangis bukan main kuat lagi siap pukul-pukul tangan kat tilam. Protes. Bila bercakap sambil nangis lagilah tak jelas apa kehendaknya. Saya cakap jomlah pergi bawah takpun Khadijah duk sini je lah, ummi nak pergi tidur bilik sebelah. Oh bukan main marah dia siap lompat-lompat dan pukul pintu. Bila tengok dia dah macam kena rasuk hantu ni, saya cepat-cepat cool down diri dulu. Ok ini tak boleh nak berkasar dah. Dia memang tengah high mode tu. Saya cakap ok jomlah masuk bilik semula. Saya cuba tidurkan Adam, ok kena settlekan Adam dulu. Adam pun bila bising dia dah tak nak tidur baring, bagi susu pun tak nak, itu tanda dia dah mengantuk sangat. Akhirnya, saya pangku dia sambil selawat, zikir dalam masa tu Khadijah tengah menangis tolak-tolak bantal, saya dan tumbuk tilam. Kesian saya tengok dia. Ok tak sampai 10 minit, Adam pun lena. Saya letak Adam. Masa ni Khadijahpun dah slow down, dah penat agaknya. Saya panggil dia, khadijah jom peluk ummi. Dia terus datang peluk. Saya tanya Khadijah sayang ummi tak, dia jawab sayang. Khadijah tak penat ke? Dia jawab penat. Ok dah jom tidur. Elok sayapun susun tempat dia, tempat yang tadi saya suruh tidur tu lah. peluk-peluk, kiss semua tepuk sket terus tidur. Habis cerita. Sejam jugalah selesaikan semua. Suami saya taknak masuk campur, saya tahu dia lagilah kurang sabar melayan karenah anak-anak ini.

Ia tak berlaku setiap hari tetapi hampir jugalah. Macam-macam scene ada. Memang ada kalanya hilang sabar saya, tambah lagi bila anak tak hormat kita kan. Aisyah lebih reserved. Dia dah faham bila saya cakap 'No' beberapa kali, dia dapat hint nya tetapi tidak dengan Khadijah. Masa Aisyah kecil-kecilpun dia takde tantrum yang begitu. Memang berbeza amat dua orang tu. 

I am not complaining. Or comparing my kids. Every child is a gift, no matter how, they are all my children. Saya yakin, setiap ini adalah ujian kesabaran Allah bagi nak uji saya. Dan pastinya, setiap masalah akan ada penyelesaiannya. And it's a matter of time also.Moga catatan ini mengingatkan saya betapa anak-anak ini ujian daripadaNya. Saya sentiasa belajar untuk menjadi ibu terbaik buat anak-anak. Moga Allah lembutkanlah hati anak-anak saya dan mudah dilentur.


Ok saya baru kejutkan Khadijah pergi toilet. Time to sleep pula. Habis dah me-time saya. ingatkan nak pump susu tapi Adam dah bangun minum dulu. esok pagi jelah nampaknya. Macam nak lipat kain. tapi tengoklah larat ke tak ni.

p/s: sampai satu tahap, saya rasa nak bawa Khadijah pergi jumpa ustaz je. Perlukan saya? huhu..

Wednesday, January 9, 2013

Emosi Anak

Petang semalam semasa dalam kereta selepas ambil anak-anak, 
Aisyah cakap 'Ummi, tadi cikgu kakak baca surah Al-Fatihah, baca makna dia, pastu kakak rasa sedih'. Ummi 'Oh ya ke. Cikgu baca ayat yang mana? Kakak nangis ke?' 
'Kakak tak nangis pun kakak rasa sedih je' Ala kakak tak ingat ayat yang mana (dia belum hafal makna semua surah Al-Fatihah tu)
'Kenapa kakak sedih?' Saya bacakan makna surah Al-Fatihah satu persatu, tiba ayat Engkaulah Tuhan yang Kami Sembah dan Kami Mohon Pertolongan, Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan, dia cakap ha ayat itu lah ummi..

Mungkin bergetar jiwanya mendengar makna ayat-ayat itu agaknya. Moga Allah sentiasa berimu petunjuk dan hidayah nak..

Dialog habis sampai situ sebab dah sampai rumah. Berkejar pula nak solat Asar maka tak sempat sambung.

Pagi tadi Aisyah solat Subuh, saya baru nak solat. Pastu dia cakap.
'Ummi, kakak tak nak lah solat. Solat  tak best'
Spontan saya jawab 'Eh, tak baik cakap macam tu Aisyah. Kita solat kan sebab Allah suruh. Kitakan orang Islam, kita solat ni kan sebagai tanda kita bersyukur. Kita kena patuh pada apa yang Allah suruh. Rukun Islam ada berapa? Tak baik cakap macam tu...'
Syarahan terpaksa dihentikan sebab saya nak solat pula.

Bila saya turun bawah, abah dia bising sebab Aisyah tak habis makan lagi. Dia cakap mee goreng tu tak sedap (gigih ummi bangun pagi masak nak..huhu), padahal itulah mee goreng yang selalu dia suka makan. Saya tahu mood dia tak baik. Penat, mengantuk lagi agaknya. Iyalah bila mula persekolahan ni, dia bangun sebelum azan subuh lagi. Dah lah subuh kan lambat sekarang. 
Sayapun bagi ceramah membebel juga lah dua tiga kerat kan. Cerita pentingnya makan sarapan, nak bagi tenaga kat badan supaya nanti masa belajar tak lapar, boleh tumpu pada apa cikgu cakap. Lagi pula hari ini dia ada PJK.
Habis kat situ. Aisyah masih moody lagi.

Hari ini lambat 10 minit keluar rumah, pukul 7 pagi. Saya rasa ini masa sesuai untuk tackle balik mood dia dan nasihat dia secara word by word, face to face sebab dia di sebelah saya. Dan perhatiannya tidak akan lari ke mana-mana. Saya cakap kenapa pentingnya Aisyah kena sarapan. Kemudian flash back balik kenapa kita kena solat. Kita ni kan Allah cipta. Aisyah bersyukur tak dengan apa yang Aisyah ada? tak cacat, ada duit, sihat semua?
Perlahan dia jawab, 'bersyukur'.
'Ha kalau bersyukur apa kita kena buat? Kita cakap terima kasih kat Allah kan, ucap Alhamdulillah. Lagi? Kita kenalah ikut perintah Allah. Allah suruh kita solat sebagai tanda syukur kita, jadi kita kena buatlah. Ummi solat, Abah solat, tak penat pun. Aisyah nak tak Allah tarik balik nikmat Dia bagi kat kita?
Aisyah.' Taknak'. Pastu dia senyum.
Ok nanti kat sekolah masuk waktu kakak solat k. Boleh?
'Boleh'.

Dah sampai sekolah. Saya lega sebab dia dah senyum, moga aura negatif di pagi harinya itu terbang pergi jauh-jauh. :)

Bukan mudah jadi ibubapa ni kan.Sabar itu sangat perlu. Saya guna pendekatan beri maklumat daripada tunggu Aisyah respond/ jawab soalan saya sebab saya tahu dia dah tahu (pernah bincang sebelum ini) dan masa adalah singkat. Perjalanan dalam kereta dari Serdang ke Bangi lalu PLUS highway sekitar 10 - 15 minit sahaja. Bila saya teringat balik situasi tersebut, saya rasa saya patut nasihatkan dia dengan lebih baik, beri contoh lebih mudah sepadan usianya tapi itulah kekadang kelam kabut, cakap pun tak pandang muka, sambil cakap bebel sambil buat kerja lain. 

Ya Allah, moga saya dapat menjadi ibu yang terbaik pada anak-anak saya dan lebih berhikmah dalam menangani perasaan dan emosi mereka.


Thursday, December 29, 2011

Maafkan ummi

Saya sering keletihan dan mudah nak marah je terutama pada anak-anak sekarang ini. Nak kata alasan sebab pregnancy hormone, nothing to be blamed, saya memang tengah mengandung dan itu bukan alasan untuk marah pada anak-anak kan. Cuma, malam tadi, saya baru je mula solat maghrib, ajak mereka solat sama, memang selalu macam tu pun, Aisyah tengah pakai telekung dia, dia ajak adik dia pakai telekung adik dia tak nak. Saya solat je lah dulu, belum habis baca alfatihah, khadijah datang berdiri sebelah saya dan nak solat lah kononnya tapi dia kuis-kuis kain telekung saya sehingga memang dah nampak kaki saya, yang tak sepatutnya dia buat begitu sebab saya dah bagi dia space untuk solat sebelah saya. Tanpa sempat berfikir panjang, saya berhenti solat dan marah dia. Saya cakap kalau nak kacau ummi solat, dah tak payah solat, pergi turun bawah. Dia diam dan bawa diri sebelah katil. Saya solat semula dan aisyah ikut sebelah. Saya memang tak patut marah dia tapi kekadang emosi ini sukar nak dikawal. Yelah, balik rumah dah penat, masak, pastu kelam kabut mandi nak solat bagai. Dengan perut sakit tak selesa, dia boleh main-main pula sedangkan bukan tak pernah ditegur pun sebelum ini. Lepas solat, saya pandang dia, saya rasa bersalah sebab saya marah dia. Dia pandang saya lalu cakap, maaf ummi. Adik sayang ummi. Tersentuh hati saya. Saya panggil dia, dah datang sini salam. Dia salam sambil cakap sorry. Saya pesan, kalau ummi solat jangan kacau, nak solat, nak main sebelah ummi takpe tapi jangan tolak-tolak, tarik-tarik kain. Ada waktu saya hampir nak tumbang masa solat sebab mereka dok keliling main kejar-kejar.

Tapi yelah mereka masih anak-anak kecil tak mengerti apa-apa. Saya yang kena banyak sabar dan bijak tangani situasi. Moga Allah sentiasa bagi hidayah dan petunjuk pada saya untuk jadi ibu yang mithali pada anak-anak. Amin. Anak-anak memang anugerah terindah yang Allah bagi. Saya selalu cakap pada diri sendiri, sekarang memang susah nak jaga mereka, tapi sampai satu waktu, semua itu akan hilang. Saya selalu ingatkan diri juga aak-anak ini amanah Allah dan sampai masa Allah nak ambil balik, bila-bila je boleh. Sebagaimana Allah panjangkan umur Khadijah untuk dipinjamkan pada kami suatu masa dahulu. Allahuakbar. Moga Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah. 

Saya ajar anak-anak untuk sentiasa minta maaf bila buat silap, datang salam dan peluk dan cium. Sampai ke hari ini saya sentiasa amalkan setiap hari sekerap mungkin peluk dan cium mereka, agar nanti saya tak rindu bau mereka dan ia menjadi rutin sampai mereka besar. InsyaAllah. Semoga hati mereka juga dekat dengan kami. 

Cuma, saya yang perlu baiki kelemahan diri ini. Memang penat melayan dua anak tengah melasak ini, dengan doktor juga cakap risiko kelahiran pramatang untuk kehamilan kali ini belum berakhir. Dia cakap dia risau, lagi lah saya ni bertambah risau kan. Saya di minggu ke-24 sekarang dan berat anggaran bayi ialah 742g. Saya bersalinkan Khadijah pada minggu ke-28 dengan berat 934g. The trend is there kan. Anak saya memang pattern kecil je kot. Aisyah lahir pada minggu ke-37 dengan 2.2kg. Doktor cakap if the premature labour happen pun, biarlah anak you berat lebih 1 kg. Huhu saya rasa dah gemuk ni, berat saya dah 60kg, di mana ia menyamai berat terakhir (59kg) sebelum melahirkan kedua-dua anak yang lepas. Saya ingatkan anak kali ini besar sebab saya rasa perut saya macam takde space dah, tapi ia tidak benar nampaknya. All the worries makes me more sensitive and a bit traumatized actually. Sekali lagi, marah pada anak-anak bukan satu cara yang wajar. Moga Allah berikan kekuatan dan kesabaran untuk diri ini, juga kelapangan dan mujahadah untuk bangun sujud mengadu padaNya dalam dingin pagi yang hening. Kawan-kawan, mohon doakan agar saya tidak mengalami sebarang komplikasi untuk kehamilan kali ini. Terima kasih.

Dari,
Saya yang dhaif segalanya.

Friday, March 25, 2011

SSC Boba - My review

Heheh..managed to buy this sweet Boba carrier from ezmama. Dalam seminggu je ambil masa untuk buat keputusan nak beli dan alhamdulillah mujur sesuai dipakai oleh kami. Ceritanya beli untuk travel nanti, nak dukung si Khadijah tu, ala-ala tak larat dah. Berat dia rasanya 12kg. Eh dah besar gaklah tu kan untuk 3 tahun kan. Nak bawa stroller kami rasa agak menyusahkan, lagi pula bebudak 2 orang tu memang jarang sangat dok dalam stroller, boleh kira berapa kali. Stroller pun berhabuk dan jadi lusuh macam tu je. Jadi, selepas berbincang maka decide nak beli carrier yang sesuai untuk anak umur 3 tahun dan berat dia. Since saya takde pengalaman banyak tentang babywearing ni, maka straight forward je tanya Rozy mana carrier yang sesuai untuk Khadijah. Then, Rozy cadang yang ini dan few others lagi. Saya buat sedikit pembacaan dan baca reviews orang lain dan tengok demo nak pakai semua, nampak ok lah dan sesuailah dengan budget kami. Ada tu harga RM 700, pergh mahal rupanya carrier ni.

Maka, lepas itu ini-itu ini, kami belilah dan selamat pakai untuk lihat kemampuannya? kihkih kiranya ok lah, memang selesa, tak sakit bahu, badan ke bila 'wear' si Khadijah tu, dia pun happy dan ok je, risau juga dia restless dan tak nak duduk dalam tu, suamipun cakap ok. Dan si Aiysah pula dan-dan tu cakap penat nak suh dukung sama. Huhu kakak, kakak.. saya dah try carry dia guna carrier tu, terhuyung hayang juga sebab berat dia dah 17kg plus, tak larat weh nak dukung dan Boba carrier tu nampak kecil pada dia. Kesimpulannya tak sesuai untuk dia. Habis tu takkan nak beli lagi satu carrier kan. Btw, saya ada baca Kanga XT boleh bawa preschoolers. Cool kan, tapi surrender lah nak carry dia. Takpe, tengoklah nanti, abah dia cakap paling tidak beli je lah stroller kat sana untuk Aisyah. Ha? takpelah malas nak fikir dulu.

Ok enough on that, jom kita tengok gambar lak ya.

Masa di carrefour. Dia saje je letak tangan dia kat situ. Kasut dia takde sebab lupa ambil masa keluar kereta. Kisahnya dia tengah tidur masa letakkan dia dalam carrier tu.
Ini actually first time dia dalam carrier tu dan outdoor. Tengah tidur gak masa angkat letak dalam tu. Well, nampak cosy je dia tidur tak jagapun. Baru boleh guna function head rest tu.
Saya nak biar abah dia je dukung dia nanti..hahaha..
Ada gambar front carry tp dalam handphone. Gambar tak jelas sangat. Malas nak letak. Ok kat bawah ni gambar Khadijah dalam MG pouch. Ini beli dah lama tahun 2009 masa nak pergi Cameron Highland. Syok je dia tidur dalam tu. Tapi sekarang dah besar, tak muat dah. Itu untuk baby bolehlah.
Saya dengan Aisyah dan Khadijah dalam puch tu. Saya tak tahu betul ke tak cara saya pakai tu. Haha biarlah, asal tak jatuh sudah..
Rozy, betul tak cara mirah pakai Boba carrier tu? Bestlah. Mirah beli yang plain color, dark brown, saje pilih gelap supaya kalau kotor tak nampak sangat. Ingat nak beli yang ada printed gambar tu, cantik juga tapi abah dia cakap meriah sangat nanti, pastu takut warna dia faded nanti. jadi, as colors pun limited yang ada kat ezmama tu, beli juga lah yang basic earth tu. Thanx Rozy for the suggestion

*previous entry pasal Boba carrier ni soft structured carrier

Wednesday, March 16, 2011

Mari solat anakku..

Pada suatu hari yang tidaklah begitu tenang, macam biasa, lepas abah dia balik dari masjid lepas maghrib, aisyah akan mengaji satu surah pendek, ikut turutan lah kan. Bila dah hafal, baru beralih surah. Dan selepas dah habis mengaji, dia kena ikut saya solat maghrib. Rutin ini kira hampir tiap hari lah berlaku, ada juga tak buat sebab tak sempat sebab nak keluar ke, ada hal lain ke, ada tetamu kat rumah ke. Tapi macam tu lah kebiasaannya. eh panjang pula melalutnya..

Jadi macam biasa dia ikut saya naik atas. Saya dah siap bentang sejadah pakai telekung, suh dia pakai tapi dia tak nak. Saya solat je lah dulu. Tak khusyuk dah solat saya jadinya sebab dengar dia jawab kat abah dia bila abah dia tanya "Aisyah, dah solat belum?" Dia jawab "Dah.." Padahal dia belum lagi solat. Sabar je lah. Dah habis saya solat, saya panggil dia datang duduk depan saya sambil ngadu kat abah dia yang aisyah cakap tak betul sebab dia tak solat lagi sebenarnya. Haih saya tak boleh terima bila anak saya dah pandai cakap tak betul dan bagi alasan. Tak nak dia rasa itu satu perkara yang betul bagi dia kan. Dah kena panggil mengadap kat depan ni, saja nak provoke dia sket.

Saya: Aisyah, siapa yang ciptakan kita?
Dia: Tuhan.
Saya: Kita ni agama apa?
Dia: Agama Islam
Saya: Kalau Allah ciptakan kita, kita kena cakap apa?
Dia: Terima kasih Allah.
Saya: Terima kasih je? Macamana nak tunjuk kita terima kasih?
Dia: .................... (dia diam je sambil senyum simpul)
Saya: Kan ummi dah cakap, salah satu tanda kita ucap terima kasih pada Allah kita kena sembahyang kan, betul tak?
Dia: .................(Dia angguk kepala je..)
Saya: Aisyah faham tak ni?
Dia: ..................(angguk lagi..)
Saya: Sape yang bagi kita rezeki untuk makan? yang bagi kita sihat semua?
Dia: Allah
Saya: Aisyah sayang kat Allah tak? nak Allah sayang kat Aisyah tak?
Dia: Sayang..  Nak..
Saya: So apa nak kena buat?
Dia: Kena sembahyang, doa.
Saya: Haa pandai pun. Kakak kan good girl, kakak yang besar kan, kalau kakak ikut ummi solat, nanti adik pun ikut sama. Aisyah tengok tadi kan, Adik dah siap pakai telekung ikut ummi solat, bila dia tengok kakak tak solat, dia pun tak nak solat. Adik kan suka ikut kakak, jadi kakak kena tunjuk contoh yang baik lah. Kakak, solat ni tak lama pun, sekejap je, lepas kakak solat, kakak pergilah main semula. Kita kena solat 5x sehari tau. Ummi abah boleh solat, kenapa kakak tak boleh... bla..bla.. satu lagi, jangan cakap tipu. Allah marah tau sape suka cakap tipu dan ummi pun tak suka... bla..bla..nak buat lagi? Aisyah jawab, tak nak...bla..bla..

Wah panjang lebar kena ceramah anakku itu. Sebenarnya lagi panjang, dah ingat-ingat lupa lagi bebel apa kat dia. Hihi..Tapi lepas tu dia ambil telekung dia dan solat. Alhamdulillah elok semua rukun dia buat dan bacaan dalam solat dia hafal cuma ada yang tersalah sebut tu adalah, Itu takpe boleh buat pembaikian nanti. Sejuk hati tengok dia dah boleh sebenarnya cuma kena psiko sket lah. Takpe, anak-anak ni dari kecil lah kena lenturkan, biar lah tak sempurna lagi solatnya, kita perbetulkan dari semasa ke semasa yang penting pembudayaan dan pemahaman dia tentang solat itu. Sekarang ini tidaklah saya paksa dia cukupkan 5 waktu pun. Jika di sekolah, dia memang solat zuhur dan asar bersama, balik rumah saya minta dia solat maghrib. Solat isyak tu jika dia tak tidur lagi, saya ajak solat sama. Solat subuh setakat ini belum lagi lah. Yang penting signal awal tentang solat tu kena mulakan. 

Membesarkan anak-anak hari ini ramai yang cakap susah dan mencabar berbanding dahulu. Saya tak mampu nak bandingkan sebab saya tidak pernah berada pada tempat orang-orang terdahulu dalam konteks mendidik anak. Saya dididik oleh makabah saya adalahkan. Namun, saya setuju jika orang kata, bukan mudah nak membesarkan anak. Mengapa? sebab kita, ibubapa ini adalah guru paling dekat dengan anak-anak. maka sudah pastilah kita kena jadi guru terbaik kan dan adakalanya saya rasa saya gagal dalam aspek tersebut. Kita tak nak dia tinggikan suara pada kita, tapi kita tinggikan suara marah dia kan. Kita tak nak dia pukul orang, tapi kita pukul dia juga bila dia buat salah kan. What we give, we will get back! atau What goes around, will comes around. Huhu terkesan sungguh ayat itu. Kan memang sunnatullah begitu kan. Maka, marilah sama-sama kita mendidik anak sebaik mungkin.

Ajar anak menghormati orang tua dengan kita menghormati orang tua dahulu, ajar mereka tentang budi bahasa, adab dan sopan santun. Maka contoh terdekat juga kita. Ajar anak jangan menipu lama-lama jadi pencuri, dengan jangan kita menipu anak. Sebaliknya bagilah alasan yang logik kalau perlu untuk berbohong sekalipun. Dan selalulah menghargai anak. Macam saya ceritakan pasal aisyah dan solat tadi. Lepas je dia habis solat siap baca doa, saya panggil dan peluk dia, puji dia cakap very good. Kan ummi dah kata, kakak pandai. Bagus kakak ni. Adik, tengok ni, kena tiru macam kakak tau. Pastu mulalah aisyah cakap, adik kena ikut kakak pergi sekolah, nanti boleh belajar solat. Bila turun bawahpun, cakap kat abah dia, aisyah ni pandai solat. Dia memang good girl, lagilah tersipu-sipu malu si anak tu, pastu abahnya harus bagi pujian gak lah sebagai motivasi kan. Dan malam seterusnya dia solat sendiri, tapi kena suruh dululah kan. Ada satu hari tu, saya tak leh solat, suh dia solat, saya tunggulah dia solat sampai habis dan baca doa. Oklah sebagai pengenalan awal. Kalau dia balik kampung atau ada kawan di rumah, payah gak lah nak suh dia berhenti bermain dan solat. Takpelah, itu next step akan datang pula. Tapi, kalau ajak pergi masjid atau singgah RnR, mereka berdua dah boleh lah stay dengan saya dan duduk diam tengah saya solat. Jika tak, dulu kena bergilir dengan suami, lagi banyak masa kena ambil.

Aisyah sekarang berusia 4 tahun 2 bulan lebih. Biasalah anak lahir akhir tahun kan, di sekolah kira kelas 5 tahun, tapi kelas yang 'up' sket sebab sekali dengan budak 6 tahun. Sebabnya, dia dah masuk kelas 5 tahun, tahun lepas dan mungkin berpotensi sket daripada orang lain, maka dia antara 5 atau 8 orang budak 5 tahun lain yang dapat belajar dengan budak 6 tahun. Tapi takdelah sama semua silibusnya. Aisyah ni masih belum dapat membaca sepenuhnya, jika kat sekolah, cikgu cakap dia rajin. Kat rumah? alamak ummi dia yang tak rajin sangat. Dia banyak melukis, mewarna, buat buku latihan matematik atau ada juga membaca buku siri Bacalah Anakku. Sekarang ni pending kat buku no. 5, berminggu tak habis lagi sebab dia tak nak baca. Mm..ini cuti sekolah lagilah dia seronok main. Hantarkan dia ke rumah pengasuh sama dengan khadijah, kat sana ada anak pengasuh tu melayan dia.

Cukuplah tu kan, nanti sambung lain kali.
Sambil meniarap di beranda Masjid Hijau Bangi.
Gambar Aisyah dengan tok dia dan sepupunya, Zulaikha. Mana Khadijah ya? oh dia tak duduk diam, ke sana ke mari berlari. Ini di rumah kenduri sedara sebelah suami di Labis.
p/s: saya rasa aisyah nampak sweet dan cute dengan rambut pendek, kan, kan? hihi..

Friday, March 4, 2011

soft structured carrier

Saya berhibernasi minggu ini dari menulis blog, tapi tak pecah rekod lagilah sebab hari ini dah kembali menulis setelah dapat mencari penyelesaian terbaik. Eh takde apa yang berlaku pun, selain macam biasa kerja yang tak habis-habis di pejabat, saya tengah cari maklumat pasal baby carrier ni. Buntang rasanya mata membaca reviews orang yang pernah guna macam-macam carrier ni. Teringat pula list barang nak suruh Sal beli belum siap lagi. Yang ini special request minta beli kat Edinburgh. Takpelah Sal, bawa balik guna kontena pun takpe.Setelah tak tahu mana satu nak pilih dan beli, tetiba teringat kat Rozi, mujur dia sudi membantu. Dipendekkan cerita, saya rasa dah dapat jawapan apa yang dicari. Akhirnya saya ambil keputusan nak beli soft structured carrier ini brand Boba untuk Khadijah dan buat pakai untuk anak-anak seterusnya. Haha.




Guys, cantikkan? Apa yang penting nanti tak perlu lenguh nak dukung dia bila travel nanti. Saya ni bukan lah babywearer tegar macam Rozi, tapi saya minat nak cuba juga. Dulu masa Khadijah kecil, saya pakaikan dia dalam pouch sling, tapi sebab dia kan dulu ringan, jadi lebih senang dukung, pastu pula suami saya tak suka sling tu. Hihi tapi bila berat dia dah cecah 12kg ni, surrender gak lah kalau nak berdukung lama. Yang bestnya, Boba carrier ni boleh support baby hingga toddler berat 20kg. Sesuailah tu kan untuk anak toddler saya dua orang itu.












PRODUCT DESCRIPTION

  • accommodates children 15-45 lbs / 7-20 kg
  • one size fits most adults
  • front and back carry
  • Boba Organic collection made with GOTS and OE100 certified 100% organic cotton and organic Texas cotton lining
  • Boba Classic collection made with 100% natural brushed cotton
  • Instructions included
  • high density waist and shoulder strap foam
  • removable foot straps for extra leg/hip support
  • high back for better overall support
  • removable hood

PRODUCT MEASUREMENTS

  • body 13 inches wide and 16 inches tall
  • 19 inch shoulder straps that extend an additional 19 inches
  • 28 inch waist belt that extends to 56 inches
  • 5 inch waist belt
  • weight of the carrier: 1.8 lbs

Boba is a Soft Structured baby carrier (SSC) that is intended for children between 15 to 45 lbs. Boba has a few extra inches of height to keep your center of gravity closer to your body and support your little one's back.  The innovative thing about the Boba carrier is that there are foot straps attached to the waist belt for the child’s feet to sit in enabling a healthy sitting position for the child.  The footstraps not only give little tired legs a rest, but support the legs in a flexed abducted (froglike) position which naturally tilts the pelvis, fills out the hip sockets, and aligns the spine.
credit to http://www.bobababycarrier.com/

Jom kita babywearing!

Tuesday, March 31, 2009

Parenthood

Sebelum aisyah jejak usia 2 tahun, kami tak pernah rasa sangat sukar nak mengawal dia, memberi arahan dan meminta dia menerima arahan dengan baik. Namun, kebelakangan ini, arahan seolah makin payah untuk dituruti. She's good in reading, struggle to complete her jigsaw puzzle or play with her toys tapi sekarang ini, suruh makan pun payah, bila larang buat sesuatu contohnya suka sangat buka fridge yang tak de apa dan dia pun takde apa nak amik dari fridge tu. Kalau buka sekejap takpe, ini siap duduk tepi tu sampai kekadang tak sejuk dah peti tu. Suka buli adik. Buli ke? Ya lah kot sebab suka duduk atas badan adik bila adik meniarap, suka rebut mainan adik/ mainan dia yang adik pegang. Dia sudah pandai menangis nakkan sesuatu itu jika permintaan tidak dilayan contohnya nak main botol ubat ummi, nak buka laptop. Kalau buka dan tengok je takpe, ini siap tekan bagai, habis rosak itu laptop.
Pendek kata, banyak lagi lah kejadian yang tak dapat ummi nak recall kat sini namun menyesakkan dada ummi sehingga kan diri ini tak mampu berhenti berfikir saban waktu bagaimana nak control/ mengawal situasi ini. Sungguh ia menerawang tiap masa di fikiran ini. And lastly, i knew that i need some advice from others. Sebelum ummi jadi lagi tertekan bagaimana nak mengawal situasi sebegitu, baik lah ummi mendapatkan bimbingan. Thanx k nas for suggesting me the screamfree parenting book. Mirah tengan membacanya ni. Ya screamfree, ummi tak larat nak tinggi suara dengan aisyah lagi. Dari dulu memang sebolehnya ummi tak nak berkasar dengan anak-anak. ummi kena sentiasa mencari butang pause ni.

Jadi, mommies out there yang ada pengalaman sebegini, please share with me. Bagaimana karenah anak-anak kalian di usia aisyah dan bagaimana cara berkesan yang kalian pernah gunakan dalam melentur mereka.


Namun begitu, i am proud of her. Walaupun macam-macam karenah, dia juga bagus pada masa-masa tertentu. Ummi sayang aisyah. Bila ummi panggil dia budak deboq (hehe) dia jawab, bukanlah ummi. Ini kak long lah. Adakah juga pengaruh dari rumah pengasuhnya di mana 4 daripada 5 orang anak kakak yang mengasuh mereka itu adalah lelaki jadi terpalit lah juga 'kekasaran' itu pada aisyah. Ya ke?? huhu.. Should consider hantar taska ke?