Showing posts with label 3rd Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 3rd Pregnancy. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Birth Story - Adam

Baru hari ini nak tunaikan janji cerita pasal kelahiran kali ini. Memang patut saya catat kat sini, sebab makin lama makin saya lupa. Dah lama dalam draft, edit dan tambah baru siap untuk publish.
 -------------------------

Seperti saya maklumkan dalam entry terakhir sebelum saya bersalin, sepatutnya pada Jumaat, 6 April 2012 saya ada temujanji dengan Dr. Fatimah untuk minggu ke-38. Dr. Fatimah cakap dalam temujanji sebelumnya dia akan tolong bukakan 'jalan' jika saya masih belum bersalin Jumaat tu. Sangat risau bila dengar macam tu dan saya berdoa moga saya segera bersalin. Ditambah pula, saya memang rasa semakin berat, kepenatan dan mahu segera melahirkan sebenarnya. Minggu itu saya siapkan sebanyak mungkin kerja-kerja di pejabat yang harus diselesaikan kerana saya tiada masa, saya mungkin melahirkan bila-bila masa sahaja, jadi saya tak nak menyusahkan teman yang akan memangku kerja saya nanti. Pendek kata, 80% dapat saya siapkan, Khamis (5/4/12) itu, saya siapkan minit-minit mesyuarat, send-out emails pada yang berhak, kemas meja, buat filing documents, memang rasa the time will be very soon. Cuma, lewat petang itu, saya terima satu memo dan surat untuk diambil tindakan namun, tak sempat buat sebab dah lepas jam 5 petang dan saya perlu balik ambil anak-anak. 

Ok berbalik kepada cerita kelahiran Adam, malam itu lebih kurang jam 11.30 malam, saya rasa tak sedap perut, sakit pinggang, dan ulang alik ke toilet je. Belum ada tanda-tanda keluar. Saya cuba tidur, tapi tak berjaya. Saya kira selang masa sakit itu, lebih kurang 10-15 minit. Dalam tak pasti ini sakit nak bersalin ke tak, dah sampai pukul 2.00 pagi, then saya rasa tak boleh jadi ini. Saya ajak suami ke hospital. Walaupun saya tak sure nak bersalin ke tak. Takpelah kalau tak jadi, boleh balik semula je kan, at least saya boleh tahu condition saya dan baby. Kebetulan adik saya ada di rumah, jadi saya tinggalkan anak-anak pada dia. Semua tengah tidur. Sampai hospital, lepas register, masuk labor room. Nurse datang check, dia cakap dah 3 cm. Then, I knew memang itu contraction. Haha boleh pula lupa kan.. Nurse bagi ubat suruh buang air besar. Ulang alik lah pula saya ke tandas, dan baru perasan ada lendir-lendir darah. Lepas dapat lelapkan mata sekejap, subuh itu suami saya balik rumah nak tengok anak-anak dan bawa mereka ke rumah pengasuh. Lepas solat subuh di sebelah katil tu, saya berjalan ke hulu hilir kononnya nak suh cepat bersalin lah kan tapi masa tu contraction dah tak rasa. Ah sudah, ini betul ke tak nak bersalin ni kan. Maka, saya rehat je di katil, sambil makan kurma dan minum air zam-zam, hati tak berhenti berdoalah kan. Makan roti dengan omelette yang hospital beri, telefon sana-sini. Nurse datang dalam pukul 8 pagi tanya bagaimana keadaan saya. Saya cakap contraction tiba-tiba takde, tapi ada lendir bercampur darah keluar. Dia cakap, takpe, awak tak boleh balik, you are in labor now. Boleh lagi terfikir nak balik rumah masa tu sebab ingatkan false alarm ke apa kan. Nurse tu cakap lagi, saya tak payah check bukaan lah kita tunggu doktor check nanti.

Dr Fatimah datang dalam pukul 9 pagi. Dr cakap dah 5cm, memang nak bersalin, dan kita akan pecahkan air ketuban. Sekejap je pun pastu rasa basah je. Bila Dr dah keluar, datang nurse pasang drip. Saya boleh tanya kenapa masuk air nih? nurse tu cakap masuk ubat. Ubat? Boleh tak kalau tak nak? sempat lagi tanya tu sebab sebelum ini tak pernah kan. Dia cakap Dr suh bagi. Saya teringat mak mertua saya cakap bila masuk ubat akan cepat sakit. Elok je drip tu pasang dalam pukul 9.30 pagi, tengah-tengah sembang dengan nurse aka bidan kot, dalam pukul 9.45 pagi, saya tetiba rasa sakit yang amat sangat ok. Masa ni suami belum sampai. Nurse bidan tadi keluar. Pastu masuk nurse lain pula, dia cakap kalau nak apa-apa tekan je loceng, sekali loceng tu tak function pula. Memandangkan hari itu hari jumaat, mereka ada usrah, nurse tu cakap takpe, kalau ada apa-apa jerit je. Tapi, saya request, nurse boleh tak temankan saya?  huhu mujur nurse tu cakap ok, dia duk sebelah sambil gosok-gosok paha saya. Kalau bersalin di hospital kerajaan, mahu takde sapa nak layan saya macam tu kan.. huhu. Tiap kali sakit, dia akan cakap tarik nafas kak. Saya rasa bilik itu sangat kosong dan saya takut bila berseorangan, sebab itu saya minta dia temankan. Terima kasih nurse yang baik hati.. Telefon husband dia cakap on the way. Saya tanya nurse tu agak-agak bila saya dijangka bersalin ni, dia cakap biasanya 1cm, 1 jam. Maka, mungkin 5 jam lagi. Eh tak mungkin. Saya cakap kat dia, saya sakit sangat ni, pengalaman sebelum ni pecah air ketuba je memang cepat bersalin. Dia pun suspens kot nampak saya sakit sangat. Dia tanya macam nak meneran ke? Iya lah saya jawab. Masa ni walaupun duk mengiring kepit paha, tetap rasa ada air keluar, precisely darah kot.

Dia pun keluar pergi panggil bidan kot. Datanglah bidan tu, bila check, dah 8 cm. Ha kan betul tak boleh tahan dah ni. Dia orang ingat saya main-main agaknya masa mula-mula tu. Dengarlah dia cakap, call doktor sekarang. Sambil tu, datang lagi nurse pasang benda apa nama entah, yang pangku kaki tu supaya tak gerak. Oh sungguh tak selesa kena kangkang masa sambil nak tahan jangan teran. Boleh bayangkan tak? Dan selepas itu suami saya tiba. Kira elok dia sampai, doktor pun sampai, maka bermula proses meneran. Saya tak tahu kali keberapa baru berjaya, ada lah kot 5-6 kali agaknya. Cubaan awal gagal kerana lupa macammana nak meneran (haha), pastu tak cukup nafas. Siap berhenti minum air dulu tau. Alhamdulillah selepas itu, bertenang dan fokus, lahirlah Adam Huzaifah. Bergema tangisannya lebih kurang jam 10.30 pagi. Terus doktor angkat baby letak atas perut dengan lendir, darah lagi tu. Tidak semena-mena hilang rasa sakit yang amat tadi. Alhamdulillah Dr cakap tak perlu jahit, siap puji supermummy lagi.. :)

Nanti kita sambung lagi k...



Thursday, April 5, 2012

Menghitung hari..

Rupanya penat juga menghitung hari nak bersalin ni kan. Inilah pertama kali saya jejak 38 minggu. Jika 2 kelahiran sebelum ini semuanya spontaneous labor, eh untuk aisyah je lah sebab ingat lagi awal pagi pecah air ketuban kat rumah, then pukul 7 pagi sampai hospital, pukul 9.28 pagi saya selamat bersalin. Masa itu baru 37 minggu. Yang Khadijah pula, saya kena tahan wad 3 hari, masa kat wad tu terasa ada contraction dan memang dah terbuka jalan, maka tak sampai 5 minit masuk labor room, saya selamat bersalinkan dia, dengan bantuan seorang nurse je pun. Itupun dia tolong sambut je. Jadi, untuk kali ini, ibarat menunggu sesuatu yang tak pasti. Iyalah, sebarang tanda seperti keluar lendir bercampur darah ke, pecah air ketuban pun belum, false alarm memang adalah selain daripada itu, saya rasa ok je. Penat, mengah tu biasalahkan, perut dah besar sangat dah ni saya rasa.

Esok saya ada temujanji dengan pakar. Dia cakap jika saya belum bersalin, maka bersedialah esok untuk dia check pintu rahim. Ouch mesti sakit,kan..tapi hadap je lah. Saya pun memang dah tak larat benar dah ni. Pasrah je lah dengan segala ketentuanNya. Moga yang terbaik sahajalah untuk saya dan baby. Mari saya kongsikan tanda-tanda seseorang itu nak bersalin ya.

How do I know when I am in labour?

Everyone's labour is different, and pinpointing when it begins is not really possible. It's more of a process than a single event, when a number of changes in your body work together to help you give birth.

In early labour, also called the latent phase you may feel the following:
  • Persistent lower back or abdominal pain, often accompanied by a crampy premenstrual feeling.
  • A bloody show (a brownish or blood-tinged mucus discharge). If you pass the mucus plug that blocks the cervix, labour could be imminent or it could be several days away. It's a sign that things are moving along.
  • Painful contractions that occur at regular and increasingly shorter intervals and become longer and stronger in intensity.
  • Broken waters, but you're in labour only if it's accompanied by contractions that are dilating your cervix.
How you will feel in early labour depends on whether you've had a baby before, how you perceive and respond to pain, and how prepared you are for what labour may be like.
Sumber http://www.babycentre.co.uk/pregnancy/labourandbirth/labour/howknowwheninlabour/

Apapun, saya seronok dengan kehamilan kali ini. Ingat lagi, masa awal-awal dulu, tak de selera makan, tak boleh nak masak, pastu dah boleh masak, tak selera nak makan, sekarang ni boleh pula makan. In fact, kalau pergi kedaipun saya tak selera sangat, sekadar alas perut je, kalau order nasi putih/ nasi goreng, memang tak sampai separuh habis. Tapi, saya berselera makan lunch, maka saya pastikan saya ambil lunch. Sekarang ni dah towards the end, saya dah tak makan banyak, suka makan biskut, roti, yang ringan-ringan je. Doktor pun pesan jangan makan manis-manis sangat. Baby dah 2.9kg masa check-up minggu lepas. Esok ni mesti dah 3kg lebih.

Saya tak sabar juga nak balik berpantang kat kampung. Lama sungguh tak balik. Kali terakhir raya haji tahun lepas, bulan 11 kan? walaupun makabah selalu je ulang-alik datang sini, tapi tetap tak sama,kan. Rancangnya, Aisyah dengan Khadijah akan tumpang tadika berdekatan rumah makabah saya masa kami balik kampung nanti. Kita tengok macammana nanti, sayapun boleh stress kalau tiga-tiga tu duk rumah. Haha.. lepas tu, ada hati nak siapkan proposal dengan artikel jurnal dalam tempoh berpantang kali ini. Kita tengoklah nanti berjaya ke tak, kan. Milestones kena ada, kan. Tercapai ke tidak itu lain cerita.

Ok cukuplah saya mengarut di sini mengenangkan kisah diri. Hihi coretan akhir ibu mengandung ni kan, maka layankan je lah ya. Nanti kalau berkesempatan, saya kongsikan pasal temujanji saya esok. Doakanlah segala urusan kami dipermudahkan.

Saturday, March 31, 2012

Minggu ke 37

Mungkin ini entry akhir sebelum saya bersalin. Sehingga hari ini, alhamdulillah keadaan saya sihat. Sekaranga ini, perut asyik mengeras dan baby pun banyak gerak. Semalam check up dengan Dr Fatimah, berat baby dah 2.9kg, mm..the biggest baby so far compared to Aisyah 2.2kg, Khadijah 0.934kg. Dr cakap kalau by next week tak bersalin, dia akan check pintu rahim. Dengar je pun saya rasa ngeri dah, moga-moga saya dapat bersalin secara semulajadilah, saya dah bersedia ni. Berat terkini saya ialah 66kg juga paling gemuk dalam sejarah hidup. Rasa badan berat sangat dah.

Persediaan untuk kelahiran kali ini, insyaallah rasanya dah siap. Beg saya dan beg baby dah masuk kereta. Banyak juga barang beli baru seperti katil baby, sebelum ini ada playpen je, playpen tu dah lama dan cadangnya ia akan bawa ke rumah pengasuh baby nanti. Beli sterilizer supaya lebih manageable untuk steril botol susu nanti. Pump susu guna yang masa khadijah je cuma beli spareparts baru. Since kali ini insyaallah baby boy, maka banyak jaga beli baju, blanket, almost everything in blue lah kan.. Persediaan untuk simpan susu pun kena buat awal. Saya dah beli botol dan storage beg untuk kegunaan dalam pantang nanti. Mudah-mudahan berjaya dan dipermudahkan misi menyusu kali ini. Untuk saya pula,bengkung lama masih elok, nursing bra,nursing pads dah beli. Cukuplah tu rasanya, kalau ada yang kurang nanti masih boleh beli nanti kan.

Yang penting sekarang ialah persediaan mental. Kena banyak doa dan solat hajat agar dipermudahkan urusan bersalin saya nanti. Doakanlah segalanya dipermudahkan bagi kami ya. Biarpun dah nak masuk anak ke-3,masih lagi rasa nervous dan tak tentu arah bila fikir nak bersalin ni. Hihi..



Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, December 30, 2011

Saya ok je..

Mungkin saya tak perlu risau sangat. Cuba lihat carta berat baby tapi ini untuk anak mat saleh kot kan. Sumber dari sini.

Gestational ageLength (US)Weight (US)Length (cm)Mass (g)
(crown to rump)(crown to rump)
8 weeks0.63 inch0.04 ounce1.6 cm1 gram
9 weeks0.90 inch0.07 ounce2.3 cm2 grams
10 weeks1.22 inch0.14 ounce3.1 cm4 grams
11 weeks1.61 inch0.25 ounce4.1 cm7 grams
12 weeks2.13 inches0.49 ounce5.4 cm14 grams
13 weeks2.91 inches0.81 ounce7.4 cm23 grams
14 weeks3.42 inches1.52 ounce8.7 cm43 grams
15 weeks3.98 inches2.47 ounces10.1 cm70 grams
16 weeks4.57 inches3.53 ounces11.6 cm100 grams
17 weeks5.12 inches4.94 ounces13 cm140 grams
18 weeks5.59 inches6.70 ounces14.2 cm190 grams
19 weeks6.02 inches8.47 ounces15.3 cm240 grams
20 weeks6.46 inches10.58 ounces16.4 cm300 grams
(crown to heel)(crown to heel)
20 weeks10.08 inches10.58 ounces25.6 cm300 grams
21 weeks10.51 inches12.70 ounces26.7 cm360 grams
22 weeks10.94 inches15.17 ounces27.8 cm430 grams
23 weeks11.38 inches1.10 pound28.9 cm501 grams
24 weeks11.81 inches1.32 pound30 cm600 grams
25 weeks13.62 inches1.46 pound34.6 cm660 grams
26 weeks14.02 inches1.68 pound35.6 cm760 grams
27 weeks14.41 inches1.93 pound36.6 cm875 grams
28 weeks14.80 inches2.22 pounds37.6 cm1005 grams
29 weeks15.2 inches2.54 pounds38.6 cm1153 grams
30 weeks15.71 inches2.91 pounds39.9 cm1319 grams
31 weeks16.18 inches3.31 pounds41.1 cm1502 grams
32 weeks16.69 inches3.75 pounds42.4 cm1702 grams
33 weeks17.20 inches4.23 pounds43.7 cm1918 grams
34 weeks17.72 inches4.73 pounds45 cm2146 grams
35 weeks18.19 inches5.25 pounds46.2 cm2383 grams
36 weeks18.66 inches5.78 pounds47.4 cm2622 grams
37 weeks19.13 inches6.30 pounds48.6 cm2859 grams
38 weeks19.61 inches6.80 pounds49.8 cm3083 grams
39 weeks19.96 inches7.25 pounds50.7 cm3288 grams
40 weeks20.16 inches7.63 pounds51.2 cm3462 grams
41 weeks20.35 inches7.93 pounds51.7 cm3597 grams
42 weeks20.28 inches8.12 pounds51.5 cm3685 gra

Cuba lihat ini pula.

Perkembangan fetus - hamil 24 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

uterusparu-parukulittunas rasa
Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.

Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar "mata kering". Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan "airmata tiruan" untuk menambahkan kelembapan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
InsyaAllah moga segalanya selamat nanti. Saya tak nak risau dan terlalu memikirkannya sehingga buat saya rasa stress pula. Ia bukan sesuatu yang sihat dan boleh menambah risiko sedia ada. InsyaAllah, semuanya dalam pengawasan Allah. Sesungguhnya hanaya Dialah yang maha mengetahui segalanya. :)

Saya rasa lega bila dapat bercakap dengan seseorang semalam. Memang betul, kekadang kita tak dapat penyelesaianpun apabila kita berkongsi dengan orang lain, tapi ia membuat kita lega. Nampak sangat saya memang fokus pada kerja dan rumahtangga sahaja sampai I dont even have my own 'me' time pun. Baki cuti ada banyak tapi tak dapat nak bercuti sebab banyak program di pejabat dan suami saya pula dah kehabisan cuti. Minggu depan dah masuk tahun 2012, bring forward cuti je lah nampaknya. Sepanjang januari juga jadual penuh, macammana nak adjust ni. I need a break. Seriously.

Selamat berhujung minggu semua. Selamat tahun baru 2012 juga.

Thursday, December 29, 2011

Maafkan ummi

Saya sering keletihan dan mudah nak marah je terutama pada anak-anak sekarang ini. Nak kata alasan sebab pregnancy hormone, nothing to be blamed, saya memang tengah mengandung dan itu bukan alasan untuk marah pada anak-anak kan. Cuma, malam tadi, saya baru je mula solat maghrib, ajak mereka solat sama, memang selalu macam tu pun, Aisyah tengah pakai telekung dia, dia ajak adik dia pakai telekung adik dia tak nak. Saya solat je lah dulu, belum habis baca alfatihah, khadijah datang berdiri sebelah saya dan nak solat lah kononnya tapi dia kuis-kuis kain telekung saya sehingga memang dah nampak kaki saya, yang tak sepatutnya dia buat begitu sebab saya dah bagi dia space untuk solat sebelah saya. Tanpa sempat berfikir panjang, saya berhenti solat dan marah dia. Saya cakap kalau nak kacau ummi solat, dah tak payah solat, pergi turun bawah. Dia diam dan bawa diri sebelah katil. Saya solat semula dan aisyah ikut sebelah. Saya memang tak patut marah dia tapi kekadang emosi ini sukar nak dikawal. Yelah, balik rumah dah penat, masak, pastu kelam kabut mandi nak solat bagai. Dengan perut sakit tak selesa, dia boleh main-main pula sedangkan bukan tak pernah ditegur pun sebelum ini. Lepas solat, saya pandang dia, saya rasa bersalah sebab saya marah dia. Dia pandang saya lalu cakap, maaf ummi. Adik sayang ummi. Tersentuh hati saya. Saya panggil dia, dah datang sini salam. Dia salam sambil cakap sorry. Saya pesan, kalau ummi solat jangan kacau, nak solat, nak main sebelah ummi takpe tapi jangan tolak-tolak, tarik-tarik kain. Ada waktu saya hampir nak tumbang masa solat sebab mereka dok keliling main kejar-kejar.

Tapi yelah mereka masih anak-anak kecil tak mengerti apa-apa. Saya yang kena banyak sabar dan bijak tangani situasi. Moga Allah sentiasa bagi hidayah dan petunjuk pada saya untuk jadi ibu yang mithali pada anak-anak. Amin. Anak-anak memang anugerah terindah yang Allah bagi. Saya selalu cakap pada diri sendiri, sekarang memang susah nak jaga mereka, tapi sampai satu waktu, semua itu akan hilang. Saya selalu ingatkan diri juga aak-anak ini amanah Allah dan sampai masa Allah nak ambil balik, bila-bila je boleh. Sebagaimana Allah panjangkan umur Khadijah untuk dipinjamkan pada kami suatu masa dahulu. Allahuakbar. Moga Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah. 

Saya ajar anak-anak untuk sentiasa minta maaf bila buat silap, datang salam dan peluk dan cium. Sampai ke hari ini saya sentiasa amalkan setiap hari sekerap mungkin peluk dan cium mereka, agar nanti saya tak rindu bau mereka dan ia menjadi rutin sampai mereka besar. InsyaAllah. Semoga hati mereka juga dekat dengan kami. 

Cuma, saya yang perlu baiki kelemahan diri ini. Memang penat melayan dua anak tengah melasak ini, dengan doktor juga cakap risiko kelahiran pramatang untuk kehamilan kali ini belum berakhir. Dia cakap dia risau, lagi lah saya ni bertambah risau kan. Saya di minggu ke-24 sekarang dan berat anggaran bayi ialah 742g. Saya bersalinkan Khadijah pada minggu ke-28 dengan berat 934g. The trend is there kan. Anak saya memang pattern kecil je kot. Aisyah lahir pada minggu ke-37 dengan 2.2kg. Doktor cakap if the premature labour happen pun, biarlah anak you berat lebih 1 kg. Huhu saya rasa dah gemuk ni, berat saya dah 60kg, di mana ia menyamai berat terakhir (59kg) sebelum melahirkan kedua-dua anak yang lepas. Saya ingatkan anak kali ini besar sebab saya rasa perut saya macam takde space dah, tapi ia tidak benar nampaknya. All the worries makes me more sensitive and a bit traumatized actually. Sekali lagi, marah pada anak-anak bukan satu cara yang wajar. Moga Allah berikan kekuatan dan kesabaran untuk diri ini, juga kelapangan dan mujahadah untuk bangun sujud mengadu padaNya dalam dingin pagi yang hening. Kawan-kawan, mohon doakan agar saya tidak mengalami sebarang komplikasi untuk kehamilan kali ini. Terima kasih.

Dari,
Saya yang dhaif segalanya.

Wednesday, December 14, 2011

Anak ke-3

Pertamanya Alhamdulillah di atas rezeki ini. Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah itu nyata lebih hebat daripada sangkaan kita. Ya saya tengah menanti kelahiran anak ketiga, insyaAllah kalau ikut jangkaannya April 2012 (susah nak jangka ini, hanya doa banyak-banyak moga kali ini dapat full-term baby lah). Kami merancang untuk anak seterusnya bila Khadijah dah 2 tahun lebih dan berhenti menyusu badan. Kalau ikut rancangannya, memang tahun ini tapi naluri keibuan saya seolah belum bersedia. Teringat-ingat pengalaman menjaga Khadijah di NICU dan 2 tahun pertama kelahiran dia. Saya cakap kat suami, kita tangguh dulu. Kemudian, bila awal tahun ini, makabah mertua saya ajak kami menunaikan umrah. Seronok dan tidak sangka jemputan Allah itu dalam pelbagai rupa kan. Saya cakap pada suami lagi, saya harap saya tidak mengandung dulu sebelum pergi umrah sebab saya tahu saya memang akan mengalamai alahan semasa di awal kandungan. Memang tawakal dan doa banyak-banyak je, sebab kami tidak menggunakan sebarang pencegah kehamilan. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami dan saya berjaya menunaikan umrah sebelum disahkan mengandung sebulan lebih selepas balik daripada umrah tempoh hari. Kami balik umrah akhir Jun 2011 dan awal Ogos, masa bulan puasa saya rasa saya mengandung sebab tidak period. Penuh puasa tahun ini. Nampakkan hebat aturan Allah itu.

Saya tanya suami, apa dia doa masa buat umrah hari itu? ini saya tanya masa kami kat sana lagi, dia cakap dia doa dapat anak lagi, anak lelaki pula. Saya senyum je. Dan saya juga doa yang sama, ingat lagi tadi saya cerita yang saya minta kalau boleh tangguhkan dulu supaya saya tak mengandung hingga saya balik umrah, ini doa sungguh-sungguh tau, sepenuh hati beberapa bulan sebelum ke sana. Dan Allah makbulkan. Walaupun perasaan bercampur baur pada awalnya, tapi Alhamdulillah sudah 5 bulan lebih hari ini, saya sangat seronok dengan kehamilan ini. Teruja pun ya sebab rasa macam dah lama sangat takde baby padahal baru 3 tahun lepas bersalin kan Khadijah. Hihi..

Hakikat diri kita ini hamba Allah. Semuanya berlaku dalam pengetahuanNya. Saya merancang untuk sambung belajar lagi. Dah banyak kali saya cakapkan di blog ini walaupun langkahnya belum bermula. Saya berhajat untuk dapat anak ketiga dan kemudian rehat sementara untuk fokus pada pengajian nanti. Hebatkan aturan Allah. Saya yakin dan pasti semua ini berlaku dengan izinNya. InsyaAllah jika kita niatkan sesuatu itu untuk kebaikan, Allah pasti membantu. Dalam pelbagai cara. Jika Dia tak izinkan sesuatu itu berlakupun, juga dalam pelbagai cara cuma bagaimana kita menilai setiap konsekuensi sesuatu perkara itu berlaku.
Nanti saya sambung lagi tentang pengalaman kehamilan kali ini pula.