Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Wednesday, July 15, 2009

ToteBoutique Giveaway 2

ToteBoutique Giveaway 2. Tetiba saya rajin nak buat giveaway ni,sebabnya saya baru beli satu tote beg dari Cik As ni. Saya suka tengok beg yang cantik dengan pilihan corak kain yang menarik juga. Tambah pula saya memang dah takde beg simple atau katalainnya yang kecik molek nak bawa keluar dengan anak-anak. Saya malas nak bawa handbeg pastu beg diaper diaorg lagi. Dulu pakai beg enfamama, dapat percuma sebelum aisyah lahir lagi (can imagine dah berapa lama kan). Pastu beberapa bulan lepas dah koyak. Saya hilang idea nak angkut beg mana lagi, pastu saya guna beg sandang saya biasa pakai masa g kelas dulu-dulu beli kat lovelylace, tapi tak suka sangat sebab takde zip/ button nak tutup. So harap sangat kalau dapat beg giveaway ni memang best lah kan, namapun diaper beg.

Oh ada kuiz tau nak buat giveaway ni.

Kuiznya, cuba teka berapa jumlah manik dalam bekas di atas tu? Siap ada hint lagi tau. Saya teka 777. Main teka je, namapun teka kan.

Btw, hadiahnya inilah;

Comelkan..
Inner sideHa ni mesti anak dara Cik As yang posing dengan beg tu kan..

Ok jom lah kawan-kawan cuba nasib juga. Sila lah ke toteboutique k.

Friday, April 10, 2009

Baby Cute Contest

Heheh ummi tetiba terlebih rajin dan suka nak try plak contest ni. Dalam duk bloghopping terjumpa blog ni. Bukan senang ummi nak join contest ni, sebab memang ummi tak pernah join mana-mana contest apatah lagi online nih. Tapi datang angin nak mencuba nih.
So syarat2 nya adalah:

1. Add @ Link Mama_Aqish di blogroll/bloglist anda. - Sudah.
2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish - Sudah
3. Gambar yang dihantar mestilah merupakan gambar Baby anda yang Latest sekali.... - ya kira latest lah setakat ni.
4. Sila hantar hanya sekeping gambar sahaja.... - Noted
5. Sila nyatakan ape yang menarik tentang anak anda & mengapa dia layak menjadi pemenang baby cute contest???

Dari pandangan mata seorang ibu lah kan, sebab anak saya, khadijah lahir as preemie, jadi memang dia sangat bertuah. Considered lucky sebab survived walaupun Doc hanya bagi harapan 50-50 masa awal kelahirannya dan namun, sihat sehingga ke hari ini. Syukur padaMu ya Allah. Akan mencecah usia setahun ahad ni (12/4/09), walaupun masih belum mampu duduk sendiri, dia dah pandai bangun memanjat tau. Dalam sebulan lepas ni, baru pandai senyum, gelak dan bercakap dalam bahasanya nya. Saya suka gambar itu sebab dia sedang senyum simpul melihat saya mengambil gambarnya. So sweet walaupun rambut baru kena cukur. Heheh..
As added point, kalau menang contest ni, consider the tight as a birthday present lah kan. Setakat ni khadijah baru ada 2 tights size 3-6 bulan. Memang dah tak muat. Hihi alangkah best dapat tight baru ni kan.. :)

6. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address. Untuk pemilihan pemenang nanti... - ok.

7. Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini...
8. Hadiah untuk pemenang ialah sehelai tight yang boleh dipilih sendiri dari website http://tightforbaby.blogspot.com/ & hadiah akan dihantar melalui pos sampai ke depan pintu rumah @ pejabat...

9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....

Ok dah siap. So mummies lain, try lah contest ni juga yea.