Saturday, February 26, 2011

Insya Allah

Bagi mengubat hati yang lara sebab tak dapat pergi konsert Maher Zain *sob sob.. Maka jom lah kita layan klip video ni je lah. Boleh tahan juga Maher Zain ni nyanyi dalam bahasa melayu, tapi ada juga rasa macam nak tergeliat lidah dia.. Siapa entah yang buat klip video ni, hah saya download copy paste dari you tube..hihi.. kang kalau nak suruh saya buat sendiri, sampai 2020 pun belum siap nanti. Dah, jom layan..





Kami beli cd maher Zain ni masa balik kampung raya haji tahun lepas rasanya. Raya haji bulan November lepas kan, sehinggalah ke hari ini tak pernah tukar lagi cd tu, penat dah kot dia dok ulang-ulang dan ulang kan. Hihi nak cakap yang sebenarnya, semua orang suka album tu. Saya kenal Maher Zain pun dari anak-anak, mereka yang hafal lagu tu dulu dari saya. Lepas tu lah baru cari dan mula berkumandang di radio. Bagus lagu-lagunya kan, sarat dengan mesej dan alunan muzik yang indah. Syabas Maher Zain!. Tunggu artis Malaysia lak buat album macam tu. Sahabatku, Pyan Saujana, sila buat album baru ala Maher Zain ya.. :) Peace!

Selamat berhujung minggu kalian. Manfaatkanlah masa yang kita ada ini sebaiknya.

p/s: Ha sape suruh lambat beli tiket kan? eh alah mirah kalau beli tiket awalpun, boleh ke nak pergi tu? Haha tahu takpe, maka tunggulah next concert pula nampaknya. Harap-harap ada lagilah akan datang dalam tahun ini kan. Apasal tahun ni gak? yelah sebelum beranak kecik lak nanti..kihkihkih..

Friday, February 25, 2011

Sah jatuh longkang!

Ada satu cerita pagi tadi. tak tahulah lawak ke atau jadi kisah tak sampai hati. Saya drive kereta nak ke pejabat, perlahan je sebab baru keluar simpang lepas hantar anak, lalu di lorong tepi padang nak ke jalan besar. Saya nampak ada makcik tua ni berjalan. Ok saya drive macam biasa, dan saya perasan lalu sebelah dia, pastu saya dengar macam bunyi plastik, bunyi perlahan je sebab saya buka radio, saya intai kot cermin tepi, eh takde orang. tengok cermin atas pun takde. Aik??saya siap slow kan kereta tapi tak nampak sesiapa. Aiyok..tetiba blur, eh biar benar ni. sangat pasti saya takde langgar apa-apa tadi sebab takde bunyi gedebuk ke, lagipun memang saya nampak makcik tu. Kalau saya langgar mestilah langgar depan kan. Pastu saya intai lagi, perasan kejadian tu antara lorong belakang dua buah rumah (tmn perumahan). Oh agaknya dia masuk ke lorong tu kot. Eh tapi apa dia nak ke situ kan? pastu bunyi apa yang saya dengar tadi.

Sampai ke jalan utama pun, saya masih tertoleh-toleh dan nampaklah kepala makcik tu. Sah jatuh longkang! alamak, ok ke makcik tu. sape nak tolong dia, sambil tu sambil drive ok. Dalam hati doa biarlah dia takde apa-apa. Pastu lebih krg 300 meter ke depan, ada roundabout, saya pikir pusinglah kejap tengok ok ke tak makcik tu. Patah balik ok, dan nampak makcik cina tu dah selamat naik atas, takde nampak kecederaan dengan seorang lelaki. Lega. Saya tak pergi dekat pun. Sebab saya dah lambat, lepas tu nampak dia ok je. Apapun saya rasa bersalah gak lah, agaknya dia terkejut kat kereta saya kot sampai jatuh longkang. Huhu..

what a day..
Siapa yang ada baca FB saya tahulah kisah tu. Berlaku pagi semalam. Pagi ini saya intai-intai juga kot ternampak lagi makcik tu kat taman perumahan tu kan, tapi takde pula. saya intai longkang yang dia jatuh semalam, adalah paras paha gak kalau kita cuba berdiri dalam tu. Kesian dia. Saya doakan makcik tu baik-baik sahaja lah ni.  Saya tetiba jadi ala-ala fobia pun ada gak bila bawa kereta sekarang ni, dahlah baru je accident minggu lepas kan. Keretapun belum baiki lagi. Lambat rupanya nak tunggu insurans lah apa semua tu selesaikan.

Thursday, February 24, 2011

A very short trip to Singapore

Ini cerita ke Johor Bahru dan Singapura tempoh hari. Pergi dengan tugasan dan harapan yang tinggi. Alhamdulillah ianya berjalan lancar dan berhasil. Sekarang, nak kena buat artikel pula. Opss belum tengok lagi results questionnaire tu macammana.

Tengah khusyuk dengar Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail bagi penjelasan. Saya cukup hormat dan kagum dengan dia. Ilmunya sungguh luas, merentas segala lah boleh kata. Dan kalau duduk bersembang dengan dia, macam tak sedar masa berjalan.

Saya tak nak highlight banyak pasal kerja kami di sana. Jom layan gambar makan-makan kami ni. Sebenarnya ada lagi tapi dalam kamera lain. Makan di Restoran Hadramaut. Tapi in kat Restoren Singgah Selalu, katanya well-known place kat JB dan patut singgah makan.

Kacang rebus dengan otak-otak. Starter lah katanya..
Tomyam seafood kot, haha lupa dah. Fara, kalau ingat tolong tambah ya. Kerabu mangga, daging blackpaper, sayur kailan ikan masin, buttered prawn. Yummylicious. Scrumptious. Ha ambik, semua keluar, pendek kata senak perut lah makan.

oh last but not least our siakap masak apa dah lupa.
Selepas makan. Ada yang tak habis. Tak boleh nak masuk dah. Kami makan berlima. Mujur selepas itu pemandu bawa kami ke Pasar Karat. Anyone knows about that?katanya dinamakan pasar karat sebab jual barang-barang lama, tapi takde lah juga, barang baru pun ada. Lebih kurang pasar malam jugalah macam jonker street, carboot sale gak lah. Dapatlah buang balik kalori segala yang makan tadi.
Di Madrasah Al-Junid, Singapura. Daripada JB tu ambil masa 2 jam lebih gaklah nak sampai sini sebab urusan di imigresen dan kesesakan lalulintas kat imigresen tu je pun.
Sebahagian manuskrip yang kami jumpa dan pinjam bawa balik. Beratus tahun tu, nak pegang pun kena hati-hati. Dr. Mat Rofa cakap, harganya boleh jadi ribuan ringgit sekarang.
Pelajar di Madrasah ? alamak dah lupa, juga di Singapura tengah menjawab soalan kajiselidik yang kami bawa.
Dah, jom balik.
Ia sebenarnya program tiga hari dua malam. Hihi macam bercuti lak bunyinya. Tak, kami pergi mencari manuskrip, membuat temubual dan mengedar soalan kaji selidik kepada sasaran di sana. Tajuk kajian tak perlu bagitahulah. Sehari suntuk di JB ke 3 buah madrasah dan sehari di Singapura, dapat pergi ke 2 madrasah di sana. Petangnya dah travel balik ke Serdang. Sungguh pack, tak sempat nak beli souvenir pun kali ini. Sempat singgah di Woodlands, beli 3 helai towel Spore dollar 10. Haha daripada tak beli apa. Tak sempat nak tengok bandar Singapura pun sebenarnya. Takpe, nanti lain kali kita pergi melancong lak ya.

Walaupun saya tidak lagi di laboratori tersebut, masih terasa separuh hati saya di sana. Bukan pada laboratori itu sendiri tapi pada penyelidikan etnomatematik yang ditinggalkan. Saya rasa semua pasti akan jatuh cinta pada bidang tersebut jika tahu menilainya. Selama 3 tahun lebih saya di laboratori tersebut, sungguh banyak ilmu saya peroleh daripada kumpulan penyelidikan tersebut. Sesuatu yang saya takkan pernah lupa. Berurusan dengan penyelidik-penyelidik hebat, mencuba memahami gaya  pemikiran dan tindakan mereka. Ianya sesuatu yang sukar diperoleh di tempat lain. Terima kasih semua di atas kerjasama baik dan budi kalian sepanjang tempoh tersebut. Life must go on. Di tempat baru pun tak kurang menariknya. And I keep  myself learning..