Sunday, January 30, 2011

Featured in Pa&Ma Ogos 2010

Dah lama pun cerita ni, dah beralih tahun pun. Haha saja baru nak publish. Terima kasih pada Kak Rita Rahayu sebab cadangkan kami untuk ditemuramah bagi edisi bulan penyusuan susu ibu - Ogos 2010. Apapun saya rasa pengalaman saya menyusukan Khadijah tidaklah begitu hebat. Masih ada yang berpeluang menyusukan anak lebih baik daripada saya, cuma mungkin pengalaman menyusukan anak pramatang yang perlu ditekankan di sini. Terima kasih kepada K Hasnita Pa&Ma atas gambar yang cantik itu.


Aisyah dengan Khadijah pun dah besar sekarang. Dan Khadijah pun dah hampir complete wean off dah ni, nanti saya kongsikan lain waktu ya.


Tuesday, January 25, 2011

Sayang Mereka!

Kekadang lihat gambar sahaja sudah mencukupi kan. Hihi..kali ini entry ringkas. Cerita bergambar sahaja.

Dua anak dara kecil itu posing depan pameran krismas akhir tahun lepas di Alamanda. Itulah gaya mereka tiap kali cakap nak ambil gambar.
Ok close-up sket.  Siap teleng-teleng kepala lagi tu.
Ini Birthday Cake Aisyah. Belum tunjuk lagi kan. Kalau ada rezeki tahun ini kita cari kek bentuk hati lak ya macam dipinta.
Saya geram kat budak kecil ni. Tak puas cium dia. Adik jangan besar boleh tak?
Suati hari di Taman Botani, Putrajaya. Baru sampai ni, masing-masing siap bertudung lagi.






Kakak cakap dia tak nak bergambar. Tengok tu, dah hilang tudung masing-masing. Yelah panas sebab berjoging. Masa ini awal lagi, belum pukul 9 pagi. Takpe, biarpun belum lengkap boleh bertudung, sekurang-kurangnya kena biasakan mereka. Biar mereka tahu dan terdidik dari kecil lagi supaya bertudung.

Saya suka tengok gambar ini. Khadijah tengah cakap telefon dengan Nenek dia. Entah apa yang dibualkan sampai dia ketawa begitu. Aisyah sabar tunggu turn dia pula. Tengah berehat selepas habis satu pusingan. Eh satu je? hihi eh taman tu luas tau. Kami siap lalu kawasan bukit tu. Sekali Khadijah cakap dia penat, suh dukungkan. Semput ok. Banyak kali juga gambar kami beriadah begini, mula-mula je excited ambil gambar. lepas tu dah tak heran dah masing-masing. Saya cari ada satu gambar tu kami berbasikal, tapi tak jumpa. lain kali kalau ada saya letakkan.

Saya dalam perjalanan ke Johor Bahru saat entry ni auto-publish. Atas urusan kerja sehingga Khamis nanti. Kurang risau kali ini nak tinggalkan mereka sebab dah beberapa kali tinggalkan mereka sebelum ini. Lagi pula, abahmak mertua dan adik ipar akan datang temankan suami dan anak-anak. Moga semuanya ok. Penyelidikan yang nak dibuat dan moga anak-anak juga baik-baik saja di rumah. Khadijah masih belum pulih dari batuk. Kesian dia kali ini sebab dah berminggu batuk. Ubat pun dah tukar botol baru. Tapi masih dalam kawalan sebab tak ada bunyi wheezing dan dia aktif je. Moga dia cepat sembuh.

Friday, January 21, 2011

Cameron Highland Disember 2010

Berbanding semasa ke sana pada Februari 2009, cuaca di Cameron kali ini memang sangat sejuk. Biarpun kami ramai dalam rumah pun masih terasa sejuk. Tak nak pijak lantai, taknak basuh tangan kalau boleh. Sampai adik ipar cakap rasa macam nak tutup air-cond tapi tak tahu suis mana nak tutup. Haha.. Kali ini berkesempatan melawat strawberry farm, ingat nak petik strawberry sekali tak dapat sebab strawberry tak sempat nak masak. Imagine ramai kan orang datang ke sini waktu cuti sekolah ini kan. Juga ke Ladang Teh Cameron Valley dan Ladang Teh Boh. Memang best lah ke ladang teh boh ni. Walaupun jalannya curam dan 6 km jauh ke dalam dari main road, tapi pemandangannya Subhanallah, memang cantik. Minum teh harga RM 20 satu teko kecik pun tak kisah. Dan paling mencabar bila kami balik ikut Tapah. Mujur suami berhenti di Lata Iskandar, sempatlah buang dulu rasa pening tu, dengan budak-budak ni tak duduk diam. Berbanding lalu Simpang Pulai, lalu Tapah lagi worst. Jalan bengkang-bengkok sampai bawah.

Kali ini juga tak banyak bergambar sebab Khadijah sepanjang masa dengan saya. Lepas tu pula, Aisyah dengan Mak Gee dia je sentiasa, maka tak banyak gambar kami berempat. Layan je lah mana yang dah edit ni ya.

Di Strawberry Farm.
Aisyah dengan Mak Gee dia. Tak heran dah kat ummi. Masa nak tidur je datang masuk bilik cari ummi.

Wah berlari riang dua orang tu. Di hadapan apartment yang kami sewa.
Khadijah makan kek strawberry tu banyak kat Ladang Teh Boh. Habis comot. Boleh tahan sejuk kat sini, menggigil gak lah lepas tu hujan pula. Lagilah sejuk.
Kami singgah lebun sayur. Comel sungguh tengok pokok bunga kubis tu.
Elok pula diaorang duduk di tepi batas kebun tu. Perasan tak daun pudina depan mereka tu. Pekebun sana memang memanfaatkan setiap ruang yang ada.
 
Ladang Teh Cameron Valley
Khadijah, Zulaikha dan Aisyah
Ok tamat kisah pergi Cameron Highland ya. Tak dijangka minggu lepas kami ke Petrosains lagi dan semalam ke Sungai Congkak.Kesian Khadijah, malam tadi dia batuk-batuk sampai tak boleh tidur. Pagi ni saya bekalkan ventolin inhaler pada dia. Moga-moga makin sembuh. Esok nak balik Muar pula.