Ummi nak update psl khadijah ni. Alhamdulillah khadijah mula aktif meniarap bila umur dia 8 bulan seminggu lbh kurang, pastu siap pusing2, golek2 lagi. Aisyah selalu akan jerit ckp 'ummi, adik tergolek...'. Wah sungguh penuh emosi dgn mimik muka dia lagi, konon mcm risau lah adik dia terpusing2 tu.. hihi. Dan to my suprise, sejak seminggu lepas pula, dia mula mengengsot ke depan. Ni gara-gara tarikan pd toys dia lah tu, kami kerap saja2 je letak toys dia kt depan dia, agak2 dia tak berapa nak sampai, so that dia kena struggle utk amik sendiri, and finally dia berjaya. Congrates dear!! Kiranya dalam usia nak masuk 9bulan ni, dua perkembangan penting adik dah berjaya buat i.meniarap dan ii. mengengsot.
Selepas ni aim utk adik merangkak dan seterusnya boleh duduk sendiri lah pula kan. Takpe khadijah dear, take your time k, ummi won't force you just trying our best to help you by giving you stimulations and our full encouragements.
And another thing to note that on last 3 jan 2009, ummi gave your first solid food - plain very fine blended porridge plus ebm. Hoho setelah observe yg adik mcm asyik lapar je (ya ke?) why i said so? sbb adik akan masukkan segala apa yg adik jumpa dlm mulut mcm nak makan gitu, minum susu pun byk, bila tgk kami mkn mcm terliur je, badan dah tegak bila duduk cuma kena pangku lagi lah kan. Once ummi gave adik makan, mimik muka adik sangat kelakar, sort of telling me 'ummi, apa benda nih?' hehe..
Ummi bagi sekadar rasa je dan adik tak menunjukkan ke'excited'an nya (huhu), siap juih2 keluar lagi porridge tu in fact cair sangat dah. Abah cakap agaknya dia kan belum biasa rasa sbb tu mcm tu ekspresinya. Since that, ummi belum bg 2nd try lagi, tunggu lah esok2 pula yea. A day after tu, ummi observed yg poo-poo adik mcm ada texture lah bukan watery mcm biasa tu. Kesimpulannya, ummi rasa kena hold dulu kot, try bagi sket2 and perlahan2..
Entry ni patut ummi buat lama dah tapi tunggu nak upload gambar dulu. Apapun takpelah, janji ada kn..Ingat lagi last friday ummi ada cakap nak bawa aisyah jalan2 pergi alamanda? Hmm..ni nak report sket, a trip tu turned out jadi a brief visit jer. Huhu.. sebabnya aisyah not in the good mood. Bila dalam kul 2 ptg ummi nak amik dia, kakak pengasuh tu bagitahu yg aisyah belum tidur lagi hari ini. Ummi dah agak dah, kalau belum tidur ni, maknanya mood kurang elok sket ni. Tp ummi bawa juga dia pergi sebab dah janji kn. Dia dah nak tidur dalam kete tu, tp ummi cakap jangan lah tidur dulu. Dipendekkan cerita, ummi bawa dia pergi playground kat sebelah parkson tu, spent abt 15-20 mins, pastu ummi ajak dia pergi carrefour lak. Dia taknak, haa menangis lah kawan tu kat situ. Ummi dukung dia,pastu masukkan dalam troli, masuk carrefour tp still mood dia tak baik. Jadi, ummi decide bawak dia balik je lah sebab dia nampak penat. Sebelum balik, stopped kat McD beli set happy meal chicken utk aisyah and prosperity burger utk ummi. Dalam kete on the way balik, aisyah dah tidur dgn bekas air kat tangan dia. Kesian sungguh rupa kawan tu.
Kesimpulannya, trip tu hanya mengambil masa sejam sahaja dan ummi tak sempat nak tengok, beli hadiah utk aisyah. Dan ummi surrender (buat masa ni k) untuk bawa aisyah jalan2 berdua lagi sbb ummi tak larat nak dukung dia kalau tetiba dia jadi luar kawalan. Huhu... Di bawah ni, beberapa kpg gambar aisyah masa di playground alamanda tu..
Sedang leka tu..
Wah serius nyer dia.. Aik marah kat ummi ke?huhu.. apapun, ni lah rambut baru aisyah.. Nampak lah muka dia lagi bulat dengan haircut yg sebegitu rupa. Ummi tak de idea fesyen apa boleh dibuat dgn budak 2 thn tu.. :)
She looks tall gak kn..
This is the 2 years old birthday girl on 26 Dec 2008.Oh sebelum ummi terlupa, alang2 dah upload gambar ni. Ni ummi attach kan sama gambar sebelum aisyah potong rambut, tgh makan ais krim yea.. Dapat makan ais krim sbb ummi nak pujuk dia dari berhenti bagi pokok minum. Oh aktiviti yg ummi ajar dia beberapa minggu lepas ialah minta dia bagi pokok minum or kata lainnya siram pokok lah kan.. Dia cooperative, sangat suka lah kan tlg ummi. Dan mulut dia akan sibuk cakap 'ummi, mana cawan(bekas dia nak isi air bagi kat pokok tu)?' sambil berlari2 ke dapur, 'ummi, aisyah nak bagi pokok minum', 'ummi, dah siap'. Pastu bila abah dia balik, dia cakaplah 'abah, tadi aisyah bagi pokok bunga minum'. Hmm.. aktiviti yg sangat baik utk dia sebenarnya, sambil kenalkan penting bg air kat pokok, boleh ajar counting juga, control her self motor dgn pegang bekas elok2 utk aim supaya air masuk ke pasu yang betul.
Dan aktiviti tu berlangsung dgn keadaan ummi dukung adik, wah mencabar juga. Dan ada satu episod ni, dia tak nak berhenti ulang alik ambil tadah air dalam bekas pastu siram pokok tu sampai ummi dah takde idea nak pujuk apa lagi, last resort, ummi umpan lah dgn ais krim. Apa lagi, laju je berhenti. Huhu... aisyah aisyah. Jadi, di bawah ni gambar dia dgn ais krim tu lah yea..
tengoklah tu sangat comot makan ais krim. Perasan tak baju dia yg basah tu, ha itu kesan main air tadi lah yea.. Dan perhatikan juga rambutnya yg panjang sebelum dipotong tu..
Adik macam terliur je tgk ais krim tu kan.. Dan adakah anda perasan aisyah pegang teether adik dia tu. Suka juga kekadang tu kacau adik dia..Sekian.