aisyah tetiba sahaja mengamuk pagi tadi. Biasanya stp pagi memang dia akan mandi dulu sebelum pergi umah pengasuh dia. Tapi pagi tadi memang the worst lah. Tak pernah dia sebelum ni mengamuk macamni sampai nangis sedu sedan gitu sebab tak nak mandi.
Ni kes dia tak puas tidur rasanya. Aisyah siap cakap 'tak nak mandi, nak tidur..' tapi abah dgn ummi pujuk2 lah suh mandi juga, lagipun pampers dia dah basah lenjun. Dia tak nak juga. Last sekali ummi paksa dia masuk bilik air cakap nak basuh kencing dia je. Tu pun dia menangis, siap tendang2 ummi lagi. Nasib baik tak jatuh kena lantai tadi. Dah lah dia berat 12kg, bila dilentuk-lentuk kan badan tu, lagi lah terasa beratnya.
Sambil nangis2 tu, ummi cakap ye lah tak payah mandi. Tapi lama gak lah nak boleh senyap, nak pakaikan pampers semula pun payah. Last sekali, sebab aisyah menangis bagai tak sedar diri, ummi sapu air kat muka dia sambil istighfar beberapa kali. lepas tu baru dia macam reda, elok baring kat tilam dia.. siap sedu sedan sampai lah abah angkat dia masuk dalam kete. Mujurlah lepas tu dah ok. Bila umi tanya aisyah nak naik car tak? Dia jawab ' nak naik car'. Ummi cakap lagi 'Kita pergi umah makcik k. Umah makcik ada apa?' Aisyah jawab 'ada tortoise'. Mm..tu kalau dah boleh jawab kira dah waras semula lah tu..
Adoi lah kakak..esok jangan buat lagi yea..
Bila pikir semula, kesian juga dekat dia, pagi2 dah kena bangun, mandi then angkut pergi umah makcik tu. Sebab biasa kalau hari cuti, memang dia tidur sampai kul 8 lbih lagi.. Tapi nak buat macamne, ummi dan abah kan keje.. Aisyah kan good girl..
Tapi memang satu perkara yg ummi perasan, aisyah ni kalau kat umah, dia mmg suka show her tantrum.. Macam2 hal lah, ummi pernah tanya dgn makcik yg jaga mereka tu, dia cakap aisyah ok je kat umah dia. Nak mandi senang, pakai pampers senang, tak kacau adik sangat, tidur ok pendek kata semua ok lah.. Tapi bila balik umah, dia mula lah macam2 hal.. nak itu, nak tgk ummi masak, nak buka peti ais dan lain lain lagi.. huhu..tercabar jga kesabaran ummi, tapi tu lah sentiasa cuba merasional kan diri dengan pikir she needs my attention... ummi pun selalu pesan kat abah, takpelah abah, jap lagi dia dah besar sket, dia pandai lah tu behave sendiri, sekarang ni dia belum tahu lagi, kecik lagi pun..
Apapun, ummi doakan yang terbaik untuk anak2 ummi...
Perjalanan hidup ini ialah sebagai mengambil bekalan untuk hari kemudiannya. Beruntunglah barangsiapa yang berfikir dan mengambil peluang tersebut. Hidup ini hanya sementara.
Monday, November 10, 2008
Thursday, November 6, 2008
Redha dan hikmah
On the way datang ofis tadi, dengar radio IKIM, sesi ZnZ (ust Zamri dgn Pn? Zahrita?) bicara tentang persediaan nak pergi haji. Ada seorang caller ni (nama tak payah sebut kot) dia bagitau pengalaman dia yg supposed dia dapat pergi haji tahun 2005, sekali last minit tak dapat pergi sbb kuota penuh. Punya lah dia cakap dia frust dan rasa diri kekurangan.. Tapi akhirnya dia terima lah tak dapat pergi tu (redha) dan semasa waktu wukuf musim haji tahun tu juga, ibu nya telah pulang ke rahmatullah (hikmah). See..bagaimana cantiknya aturan Allah kn. Dia tak bagi sesuatu yg kita nak tp Dia berikan kita hikmah disebaliknya.. Kalau lah encik tadi tu pergi menunaikan haji, pasti dia tak berkesempatan berjumpa ibunya buat kali terakhir. Dan itu lah hikmah di sebaliknya..
Dan tika itu juga, ummi terkenang kan kisah adik. Tapi, ummi taknak cerita hal adik sebab ia memang telah menjadi catatan paling berharga buat ummi cuma ummi nak kita sama2 renungkan bahawa kekuasaan Allah itu meliputi segalanya. Kun fa ya kun. Kalau Dia kata jadi, maka jadi lah. Dalam proses menjadi seorang muslim yang sejati, mehnahnya pasti banyak, jalannya pasti berliku2. Kita juga pejuang, kita juga pendakwah walaupun kita tidak secara directnya turun ke medan jihad/ turun mengajak orang kepada Islam. Kerana setiap kita membawa label Islam. Islam itu sejahtera. Islam itu cara hidup bukan boleh dipilih yang itu Islam dan yang ini bukan Islam. Dan setiap kita membawa contoh teladan untuk orang lain. Mengajak orang ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran.
Kebergantungan diri pada Allah merupakan satu kunci mendapat pengampunan, kasih sayang dan rahmatNya. Betapa terasa jauhnya diri ini padaMu ya Allah.. Betapa kala susah sahaja aku berdoa sungguh2 padaMu, namun di kala senang, ku ketawa gembira dan lupa mengucapkan syukur padaMu. Ya Allah, moga Engkau tidak lalaikan dan jauhkan hati ini dariMu.. Kerana sesungguhnya aku pasti lemah dan tiada apa2 tanpaMu..
Terima kasih di atas nikmat iman, nikmat Islam, panjang umur dan murah rezeki yang Engkau kurniakan padaku, Ya Allah. Dan aku bersyukur padaMu kerana di atas dugaan yang Engkau timpakan pada kami, kerana aku dapat rasakan kasih sayang Mu kala itu.. Dan hadis sahih Bukhari(kalau tidak silap) ada menyebut; Allah berkata kepada malaikat 'Wahai malaikat, engkau timpakanlah kesusahan kepada hambaKu itu, kerana sesungguhnya aku rindu untuk mendengar rintihan mereka'... Oh Tuhan, kerdilnya diri ini. ampunkan lah segala dosa kami..

Tuesday, November 4, 2008
New books, new discovery..
Ingat lagi my previous posting last friday. Ummi cuti dan pergi melapangkan diri ke alamanda - pergi mph dgn carrefour je masuk kul11 pg, balik umah dalam kul 2ptg. Haha..alkisahnya takde lah ummi mengemas rumah seperti dirancang tapi sempat balik dan masak je. Btw, ummi nak share buku2 yang dibeli. Satu buku untuk ummi. Bagus buku ni, sort of parenting guideline utk teach anak2 playschool/ homeschool tehnique?! Dalam nya ada diberikan panduan yg sangat bagus, gambar yg sgt membantu dan very informative. Tp ummi tak mula ajarkan pada aisyah lagi. Tak sempat nak mulakan lagi.
Dan untuk aisyah, ummi belikan 2 buku ladybird. Pertama, buku key words with ladybird (kaler biru). aisyah dah pandai sebut dgn jelas banyak word dalam buku tu e.g. Peter, Jane, and, here, is, has, dog, the, a, toy, shop. Suka dengar dia sebut perkataan Peter dan Jane tu. Comel je..hihi.. Untuk makluman, buku ini sangat bagus untuk ajar anak-anak baca bahasa inggeris. It stated there yang repetitions (about 10 times utk satu word) dalam buku tu membolehkan kids boleh memorize dan baca dengan lancar. My nephew, muaz age 5 thn dah boleh baca siri tersebut dgn baik walaupun he might not understand each word but there are pictures yg boleh bantu kids lebih memahami. Oh ya tips nya ialah, kena tunjuk dan sebut satu2 perkataan tu pd anak dan biar anak ikut.
Dan satu lagi buku (kaler merah) ni siri read with me. kat dalam buku tu, ada gambar dan kita boleh duduk dengan anak dan explain what's behind the pictures. Ni pun satu cara kita ajar anak jadi lebih memerhati, fokus dan sooner anak akan dapat interprate sendiri apa dia nampak. Aisyah suka je kalau diajak membaca. Cuma ummi larat buat sekali sehari skrg ni, tu pun kekadang miss juga. Tak sempat lah... Tp, mmg nak ajar anak ni memerlukan disiplin tinggi, jadi ummi kena cekalkan hati lah ni..
Ok, here are some pictures for the books..

Subscribe to:
Posts (Atom)