Monday, November 9, 2020

welcome back

 Assalamualaikum wbt

Bertahun tak jenguk blog ini. Sampai lupa username apa.

Akhirnya berjaya juga ingat balik.


Stay safe, stay healthy everyone!


Monday, April 16, 2018

April 2018

MasyaAllah, melangkau tahun sudah lama tak jenguk blog sendiri.
Rindu pula tiba-tiba dengan dunia blogging.
Bila sisip ke tepi tengok ada lagi kawan-kawan dalam friendlist yang aktif blogging.

Mungkin perlu mula semula kan (?)

Sehingga ketemu lagi.

Wednesday, June 15, 2016

Final year

MashaAllah lama sungguh tak jenguk blog ni.
Kekadang rasa nak menulis, masa itu juga sedang sibuk dengan study dan write up lain.
Memang kita ini begitulah, tidak pernah cukup dengan masa dan tidak pernah merasa puas dengan kehidupan ini.

Salam Ramadhan kareem..
Semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan tahun ini dengan sebaiknya.
Doa di saat waktu berbuka puasa itu Allah janjikan dimakbulkan, maka marilah kita banyakkan doa.
Applicable sangat dengan diriku saat ini. Mohon sungguh-sungguh moga Allah permudahkan tahun akhir pengajianku ini dengan sebaiknya. Menghabiskan baki labwork, menyiapkan penulisan tesis dan menulis artikel jurnal. Allahu rabbi, terima kasih kerana mengabulkan doaku supaya dapat penambahan satu semester lagi untuk cuti belajar.

Di setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan selepasnya.

Jangan pernah berhenti mengalah.



Monday, December 21, 2015

Umrah bersama keluarga Disember 2014 - 1

Catatan Umrah keluarga pada 21/12/2014 - 3/1/2015.

Catatan ini terhenti beberapa kali sebelum dapat disiapkan. Hampir setahun tertangguh ni. Mungkin ceritanya tidak begitu mengikut flow tetapi saya cuba sebaik mungkin untuk mengingati semuanya, moga akan datang bila dibaca kembali, ia boleh mengimbau kenangan umrah bersama keluarga tersayang. Kenangan inilah yang akan memugar rasa kasih dan sayang.

Alhamdulillah Allah makbulkan hajat kami untuk menunaikan umrah pada cuti sekolah tahun lepas bersama ahli keluarga seramai 16 orang. Termasuklah kedua ibubapa kami, anak-anak, adik-adik ipar dan 2 orang anak saudara. Nikmat Allah ni banyak dan tak terhitung sebenarnya. Betullah kata orang, jika inginkan sesuatu maka niat dan berusahalah. InshaAllah jika dengan izinNya ia pasti berlaku. Pada awal Disember, kami dimaklumkan tiada pakej yang masih ada untuk kumpulan kami walaupun sebenarnya kami sudah membuat tempahan seawal bulan Mac lagi. Mungkin sebab jumlah ahli rombongan yang ramai. Masing-masing dah frust tapi saya menganggap soal dapat pergi umrah ni seperti jemputan khas daripada Allah. Kalau ditakdirkan memang bukan rezeki kita, maka memang tak dapat pergi. Doa tak pernah putus moga masih ada rezeki kami dan jika tiada sekalipun, lapangkanlah hati kami menerima keputusan ini. Alhamdulillah Allah terima doa kami.

Kali ini, saya sedang mengandung empat bulan lebih dan membawa bersama tiga lagi anak-anak kami, Aisyah, 8 dan Khadijah, 6 serta Adam pada tahun lepas. Ini pengalaman kedua kami dan Aisyah serta Khadijah menunaikan umrah. Saya bersyukur sangat kerana Allah pelihara saya dan berikan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan umrah ini. Hanya padaNya sahajalah kita sandarkan semuanya. JIka diikutkan, saya memang agak kurang sihat sepanjang mengandung kali ini, selera makan yang hilang, cramp pada perut sehingga doktor pakar bekalkan ubat kuat rahim dan mengambil injection sebelum ke sana. Tapi saya suka pada doktor pakar tersebut, dia dengan yakinnya pesan tawakal dan minta doa pada Allah. Dia lah yang maha berkuasa di atas segalanya. Dan saya memang niat untuk maksimumkan ibadat yang boleh saya buat terutamanya solat di masjidil haram dan masjid nabawi. Biarpun saya tidak dapat solat di masjid setiap waktu kerana bergilir menjaga anak, tapi saya yakin, Allah pasti akan ganjari semuanya.

Semasa saya menunaikan umrah pada tahun 2011 dahulu, saya tidak sempat masuk ke Raudhah kerana uzur. Dengan sebab itu, kali ini saya sangat bersemangat dan teruja untuk solat di Raudhah. Allah makbulkan. Alhamdulillah. Sampaikan saya hilang kata bila berada di sana. Mudah rupanya jika kita sabar dan tawakal. Menghabiskan masa berjalan bersama ibu saya di usia sebegini adalah suatu yang indah dan manis untuk dikenang. Madinah kala ini memang sejuk cuacanya. Angin nya kuat dan sejuk. Saya capture moment berulang alik ke masjid nabawi ini dalam ingatan saya. Terima kasih mak dan abah sebab sentiasa bersama saya sehingga ke hari ini.

Anak-anak juga baik-baik sahaja biarpun ada kalanya terlebih gula dan aktif juga :)
Kekadang Aisyah dan Khadijah ikut atuk dan makcik-makciknya. Adam sepanjang masa dengan abahnya. Suasana damai Madinah memang sering dirindui berbanding sibuk dan pantasnya seolah-olah mengejar waktu di Makkah. Kali ini, hotel kami menginap di Makkah agak jauh dan berbukit hampir 45 darjah. Inilah rezeki kami biarpun kita sudah mohon untuk hotel berdekatan memandangkan abah saya yang kurang sihat (lututnya sakit) dan keadaan saya yang mengandung. Namun perancangan Allah itu tiada siapa tahu. Mula-mula memang penat mendaki dan menuju ke masjid dengan asap dan habuk. Masjidilharam masih lagi dalam pembinaan tika ini. Bayangkanlah berselisih dan berasak berulang alik dengan membawa anak-anak kecil dan orang tua. Masa mula-mula sampai untuk menunaikan umrah pertama, kami terpisah daripada kumpulan kami. Tetapi kami kata tidak mengapalah sebab kami pernah datang sebelum ini jadi takpelah kita perlahan-lahan. Dengan penat 6 jam perjalanan belum hilang, kita mulakan perjalanan menuju Kaabah dan akhirnya selesai hampir jam 3 pagi menjelang subuh. Rupa-rupanya ruang solat masjidilharam juga sudah berubah kerana pembinaan maka berpusing jugalah kami mencari pintu masuk terdekat dan laluan terdekat ke Kaabah di samping cuba mengingat jalan keluar masuk dari masjidil haram.

Keseluruhannya, perjalanan umrah kali ini berlangsung dengan sangat baik. Alhamdulillah ya Allah kerana permudahkan urusan umrah kami. Ianya sangat bermakna kerana kami dapat pergi bersama ibubapa saya dan mertua, anak-anak dan ALhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Sebenarnya tiada kata melainkan syukur sahaja mampu diucapkan.


Wednesday, November 11, 2015

Inilah Hannah

Baby Hannah dah umur 6 bulan lebih dah. Tak sempat umminya nak share pasal Hannah ni. Baru mula makan puree carrot semalam sebab umminya baru ada masa nak membuatnya. Tapi Alhamdulillah Hannah ni baik sungguh sejak lahir lagi. Terima kasih dik sebab memahami kesibukan dan kekalutan ummi sekarang.

Hari ni datang lab tengok cells almost dead. Tak tahu apa berlaku. Makanya adalah masa nak buka blog. Hajat dihati nak siapkan buat progress report dan submit. Kan ada yang tak dapat increment tahun depan ni asyik bertangguh je buat. Dan jika ada masa nak cari blog review pasal trip ke Perth nanti. 

Ok meh ummi belanja gambar Hannah sekeping. Gambar passport ni.

Hannah@5months



Monday, October 5, 2015

Tahun akhir PhD

Tahun akhir PhD.
Sekejap sungguh masa berlalu. 
Masih struggling. Betullah banyak kata mereka yang pernah melaluinya. 
Perjalanan PhD ini bukan setakat belajar itu sahaja tetapi menuntut banyak pengorbanan dan disiplin.
Banyak ujian, halangan, kekangan yang dihadapi namun hati harus terus utuh untuk menamatkannya.
Masih belum nampak pengakhirannya namun jiwa tetap bersemangat dan cekal dengan pilihan ini.

Semoga Allah permudahkan baki masa yang ada sebelum kembali bertugas untuk menyiapkan semua kerja makmal seperti yang disyaratkan.

Allahumma Amin.


Wednesday, June 24, 2015

Cahaya hati ke-4

Alhamdulillah pada 30 April 2015, saya telah selamat melahirkan anakanda keempat kami, bayi perempuan pada jam 5.45pm seberat 2.7kg. Hari ini dah hari ke 55. Sekejap sahaja masa berlalu kan. Bersalin kali ini sangat berbeza daripada sebelumnya. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk terus mengabdi diri padaNya, berpeluang menjaga sikecil ini dan bermuhasabah diri.

Nanti saya kongsikan pengalaman bersalin kali ini. Ia seolah diberi kehidupan buat kali kedua.

Nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan..


Monday, May 25, 2015

Bersyukurlah..

Assalamualaikum wbt

Allah tidak jadikan sesuatu perkara itu tanpa hikmahNya. Kerana setiap yang berlaku itu pasti dalam pengetahuanNya dan aturanNya. Dia Maha Mengetahui sedang kita sering lalai, leka dan mempersoalkan setiap apa yang terjadi. 

Terima kasih Allah kerana panjangkan usiaku, moga dengan kesempatan ini membuatkan diriku lebih dekat padaMu. Bermuhasabah mengingat banyaknya dosa-dosaku, sering lalai dengan urusan duniawi semata. Semoga Engkau ampunkan dosa hambaMu ini. 

Terima kasih kerana memberi kesempatan menatap wajah anak yang dilahirkan. Aku yakin ada hikmahnya di sebalik ketentuan ini dan yang paling penting, amanahMu untuk membesarkan 4 orang anak ini harus kulakukan sebaik mungkin. 

Terima kasih Allah di atas segalaNya, di setiap nafas yang dihirup, di setiap rezeki yang Engkau beri, di setiap ujian susah yang akhirnya menginsafkan diri untuk kembali kepadaMu.

Aku hanya hamba yang berkelana.


Friday, January 16, 2015

Sudah 2015

Assalamualaikum wbt

Memang lama sungguh tak kemaskini blog ini. Entah masih ada atau tiada pengunjungnya.
Tahun baru menjengah sudah. Sudah separuh bulan pertama. Pantas benar masa berlalu. Anak-anakpun semakin membesar. Aisyah sudah di darjah tiga. Khadijah mula tahun 1 dan Adam terpaksa membiasakan diri di taska baru nya. Tak lama lagi akan bertambah lagi ahli keluarga. ALhamdulillah syukur atas segala nikmatNya. PhD ummi masih berbaki lagi hampir 2 tahun. Belum banyak progress buat masa ini tapi we are struggling for it everyday. Doakan saya dapat habiskan PhD ini dengan jayanya ya.

Tampal gambar anak-anak lah dulu ya. Inipun copy dari fb sahaja. Nanti lain kali saya update cerita pengalaman kami bawa anak-anak umrah bersama. Ternyata berbeza dengan pengalaman dahulu.


Aisyah. 
Khadijah

Adam
InshaAllah ketemu lagi.



Thursday, April 17, 2014

Interpretasi 1

Hidup ini sukar apabila kita melihatnya dengan cara yang payah kan.

Setiap hari struggle dengan macam-macam untuk lengkapkan kehidupan sebelum melelapkan mata untuk ketemu esok pula.

Susah. Senang. Gagal. Berjaya. Semua urusan Allah. Yang jadi asbab usaha kita ialah jangan putus asa berusaha.

Rindu. Akan masa selesa tetapi kepayahan ini yang akan jadi sangat manis apabila tiba masanya.

Sabarlah duhai hati. Hari itu pasti akan tiba. InshaAllah.


A big boy - Adam

The sisters. 

Hasbunallahiwanikmal wakeel..





Tuesday, March 25, 2014

MH370, Ikhwanul Muslimin

Lama sungguh menyepi.
Ada, tetapi ada kepentingan lain yang perlu diutamakan.
Hari ini sedih. 1. Pengumuman pesawat MH370 yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi. 2. Seramai 529 ahli Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati. Allahu Allah.

Namun, perancangan dan kekuasaan Allah itu Maha Hebat melebihi logik akal kita.
Allah pasti telah aturkanNya dengan terbaik sekali.
Marilah kita sama-sama mengambil hikmah daripada semua ini.
Mungkin hari ini bukan kita, ahli keluarga kita yang terlibat, tetapi akan datang bagaimana?
Moga Allah sentiasa pelihara kita, negara kita dan ditetapkan iman.

Kami baru pulang dari musafir keluarga ke Padang-Bukit Tinggi Indonesia.
Musafir ini telah membuka mata dan menjentik jiwa.
Moga Allah sentiasa membuka hati dan mata kami untuk melihat kebesaranMu Y Allah.

Subhanallah.
Di Kilang Kopi Kiniko, Bukit Sangkar, Bukit Tinggi


Tuesday, November 12, 2013

I need high motivation now..

Meh dengar lagu..


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..permudahkanlah segala urusanku. Lapangkanlah hati dan fikiranku. Berikanlah hambaMu ini kemudahan, kefahaman dalam urusan pengajiannya. Amin..


Monday, November 11, 2013

Hijrah 1435H

Assalamualaikum wbt

Ya Allah memang lama sungguh saya tak update blog ni. Blame to facebook. Tak. Saya memang ketandusan idea nak tulis apa. Banyak perkara berlaku sepanjang beberapa bulan ini. Rasa rugi pula tidak mencatatnya satu persatu di sini dan ditambah pula baru-baru ini makabah tanya lama dah saya tak letak gambar anak-anak kat blog. Kalau tak, mereka boleh tengok.. ok ada gesaan untuk menulis semula di situ.

Journey to PhD.
Pertamanya, saya sudah memulakan pengajian PhD saya bermula September lepas. Alhamdulillah. Progress? Memang sangat slow ni, disebabkan saya baru tukar supervisor, maka saya perlu start semula dari zero prepare new research proposal. Selain itu, saya dan suami mulakan bisnes kain cotton secara kecil-kecilan. Biarpun secara kecil-kecilan tapi banyak juga masa dihabiskan untuk bisnes tersebut. Kami jual secara online je, di Assyifa Cotton. Makanya, bila online tu, kekadang masa banyak kat facebook daripada baca jurnal. Huhu kena cepat-cepat sedar diri dan tekan X untuk facebook. 

Wise time management.
Yang ini masih tengah adjust. Kalau stay kat rumah, memang boleh kira berapa helai jurnal je baca, nak efisien memang kena datang ofis baca dan cari jurnal kat sini. Saya masih belum on-track biarpun telah masuk bulan ketiga bercuti belajar ni. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Dan saya akui bila sebelum ni kawan-kawan kata baik pergi belajar oversea, sebab boleh lebih fokus dan oriented. Takpe, takpe, inshaAllah saya mesti boleh atasinya.

Anak-anak.
ALhamdulillah semua baik-baik sahaja. Adam dah 1 tahun 7 bulan. Dah boleh bercakap sket-sket. Boleh sebut perkataan Abah, Kakak, Cat, Car, Nak, Tepi-tepi, Bye, Tumpah, Jatuh, Sakit.. apa lagi ya? pendek kata, memang dia menceriakan rumah kami. Aisyah macam biasa je. Keputusan peperiksaan akhir tahun dia belum keluar lagi. Tak tahu lah camne tu. Khadijah pun sama masih macam tu. Saya tengah fikirkan aktiviti untuk cuti sekolah mereka ni. 

Tahun baru 1435H
Saya doakan tahun baru ini memberikan kebahagian dan kejayaan buat semua. Saya juga ada azam dan misi tersendiri, sudah pasti yang paling besar buat masa ini adalah untuk kejayaan PhD saya. Doakan ya kawan-kawan. Kerana kekadang rasa tahap motivasi itu berada paling rendah.. Bila datang kampus, baru rasa bersemangat, bila jumpa pensyarah, bos-bos dahulu lagi rasa bersemangat. Kekadang fikir, kenapalah susah2 nak buat PhD ni kan. Eh positif. Diri sendiri yang minta. Allah dah makbulkan, maka sekarang saya mesti boleh lakukannya. InshaAllah..

Moga ketemu lagi.. :)



Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Kareem...

Salam Ramadhan 1434H
Semoga madrasah tarbiyyah ini dapat memajukan diri kita menjadi hamba yang lebih bertakwa, persediaan untuk 11 bulan seterusnya.
Saya mohon maaf di atas keterlanjuran, terkasar bahasa sepanjang penulisan di blog ini.


Tuesday, June 4, 2013

Sukan TASKI Khadijah 2013

Bulan lepas TASKI Khadijah adakan sukan peringkat TASKI Daerah Serdang. Ada gabungan tiga buah TASKI bersama. Khadijah ini adalah sangat pemalu di taski rupanya sebab cikgu-cikgu complaint dia tak banyak bercakap, sedangkan kat rumah, suara dialah paling kuat. Subhanallah. Dan buktinya bila tiba hari sukan ini, dia menangis tak nak masuk padang. Ah sudah. Setelah dipujuk-pujuk, mujurlah pengasuh Adam pun datang sebab anak dia pun di taski yang sama, maka pengasuh Adam itulah yang bantu tengokkan dan jagakan Adam, kalau tidak, mahu menangis mak nak layan dua-dua tengah-tengah panas tu. Sigh.

Inilah beberapa keping gaambar yang ada dalam telefon, yang lain dalam ipad. inilah masalahnya bila asal nak tulis blog je gambar takde sebab guna lain-lain device kan. 

Inilah budak yang menangis tu.

Tengah berarak masuk perbarisan katanya..
Khadijah dan kawan-kawannya.

Khadijah main dua jenis sukan je. Lari pass baton dan lari bawa bola dalam sudu kot. Eh lupa, iyalah sekejap lari ke sini kejap pergi tengok Adam. Adam siap mengamuk-ngamuk nak tidur, bawa masuk kereta kena aircond baru lena. Khadijah menang saguhati je semua. Ok lah tu tahun depan cuba yang terbaik k. Bila dah lepas main sukan tu, elok pula mood dia, terlompat-lompat, berkari ke sana sini takde nangispun. Mmm.. anak-anak..


Monday, May 20, 2013

English Cotton dari Vietnam

Promosi kain English Cotton dari Vietnam. Jom kita tengok sebahagia corak yang ada.






Promosi pembukaan dengan harga RM71 sepasang termasuk pos ke Semenanjung Malaysia.
Kain English Cotton ini lembut materialnya, tidak mudah renyuk, tidak mengecut dan tidak luntur warna. InshaAllah.
Untuk corak-corak yang lebih menarik boleh layari https://www.facebook.com/AssyifaCotton.

Sekian, terima kasih.


Wednesday, May 8, 2013

Pasca

Lama sungguh tak mengemaskini blog ini. Tiada alasan.
Kami baru pulang dari kampung mengambil kesempatan balik mengundi dan berehat bersama ibubapa dan keluarga. Terasa refreshed. A home is always be a home. Apatah lagi rumah itulah membesarnya kami, suka duka, senang susah semuanya. Suami beri saya pilihan untuk kembali pulang menetap di kampung seusai tamat pengajian dan tempoh ikatan dengan universiti nanti. Bagaimana? Buat masa ini, biarlah masa menentukan. Saya percaya, setiap perancangan yang baik itu pasti akan dipermudahkan. 

Pasca pilihanraya. 
Banyak ulasan dan komen positif dan negatif mengenai pilihanraya kali ini. Saya bukan pengulas pilihanraya, jauh sekali nak ingat semua fakta itu. Namun, terkilan juga bilamana ia sesuatu yang tidak seperti rasa hati inginkan. Tetapi, saya pasti benarlah ia sebuah kemenangan yang tertangguh. Allah pasti tahu yang terbaik buat kita semua. Muhasabahlah diri dan melihat sejauh mana usaha kita meraih undi Allah pula. 

Selesai menjalankan tanggungjawab pada negara :)
Di sebelah petangnya kita bawa semua anak-anak, anak-anak saudara ke pantai. Seronok semuanya. Asalnya tak bagi mandi sebab ada 6 orang kanak-kanak riang yang tukang nak jaganya seorang je tengah laut tu. Tapi, bila Khadijah suka hati je pergi menadah diri ke ombak tu makanya, terpaksalah bagi izin pada semua. Dengan tak bawa towel, baju sebagainya. Dengan Adam sekali menangis-nagis nak main air. Finally, everyone had fun. Seronokkan membahagiakan orang.. :)

Seronok sungguh dapat mandi laut..
Adam yang excited bila dapat jejak kaki di air.
Move on. Back to work. Back to the square one.
Alhamdulillah syukur Ya Allah di atas segala kurniaanMu.


Mirah

Wednesday, April 17, 2013

Adam & HFMD

Selasa lepas Adam jatuh sakit tangan kaki dan mulut (HFMD). Ini pengalaman pertama ummi hadapi anak sakit HFMD ini. Adam dapat virus itu dari rakan dia di rumah pengasuhnya. It is a virus kan, susah nak kawal outbreaknya. Namun, yang menyebabkan ia menjadi teruk sebab Adam ada banyak sangat ulser dalam mulut dia, tonsil, lelangit semua sampaikan dia tak nak makan dan minum seperti biasa. Kesian dia, badanpun dah kurus. Bermula Selasa, hari Jumaat baru dia recovering. Betullah paeds dia cakap hari ke 4 dan ke 5 adalah hari ia akan mula sembuh. Hari dia paling teruk ialah Rabu dan Khamis. Dua hari ini biarpun berada dengan saya, dia tetap tak nak minum susu dan makan. Masuk je air dalam mulut dia, dia menangis dan tutup mulut. Tapi kami paksa juga dia makan dan minum supaya ulser dia cepat baik. Dr. Phia prescribed kan dia dengan ubat makan antiviral, krim sapu dan paling best spray untuk mulut dia. Saya rasa ini banyak membantu. Kami fikir untuk admit dia ke wad sebab dia nampak sangat lemah. Macam surrender bunyinya kan, iya sebab kesian kat Adam yang semakin lemah. Jumaat pagi saya jumap Dr. Phia semula dan dia refer Adam ke Paeds, Dr R. Dr R cakap he's recovering. Tapi jika nak masuk wad untuk masukkan air je pun, boleh tiada masalah jika mama nak. Saya cakap jika nak masuk wadpun petang sebab ssaya kena urus anak balik sekolah. So, Dr R cakap observe sampai petang, jika belum ada perubahan, datanglah menyerah masuk wad. Haha.. Alhamdulillah, balik dari hospital, Adam nampak better. Dia mula nak breastfeed semula, tiada tanda-tanda tekak dia sakit sangat macam sebelumnya tu. Petang tu pun dia mula makan nasi bubur semula. Syukur.

Masa dia sakit ni, dia tidur sendiri tanpan breastfeedpun sebab sakit tekak agaknya.  Lemah sangat nampak.
Sebahagian rashes yang naik kat badan dia.
Alhamdulillah sekarang ini Adam dah sihat sepenuhnya cuma kesan kudis-kudis di badannya masih ada, tunggu masa nak lerai je. Rashes pun semua dah kering dan berkuping. Makan dan minum dah macam biasa, juga aktif cuma badan dia dah susut sedikit. rasa ringan je bila dukung. Takpelah Adam, nanti makan banyak-banyak ya..

Tuesday, April 16, 2013

Khadijah is 5

Ini satu lagi entry tertangguh. Minggu lepas Adam jatuh sakit. Sakit tangan kaki mulut (HFMD). Nanti kita cerita lain pasal ini.

Khadijah genap 5 tahun pada 12 April 2013, Jumaat lepas. Ummi doakan Khadijah membesar sihat, mempunyai akhlak yang mulia, menjadi anak yang solehah, hamba yang bertakwa. Semoga hidupmu diberkati Allah sepanjang hayat. Abah yang inginkan nama Khadijah untuk mu anak. Semoga kental jiwamu untuk berjuang pada masa sakitmu dahulu. Seumpama kental dan besar jiwanya Saidatina Khadijah menjadi ummahatul mukminin. Dan Nur Syifaa' itu sebagai doa agar dirimu senantiasa sihat kerana maksudnya cahaya penyembuh. Doa agar kamu sembuh daripada segala kesakitan yang dihadapi.

Dan peribadimu anak memang 'keras'. Bulat dan jitu keputusannya. Doa ummi agar Khadijah menjadi anak yang baik, mempunyai peribadi mulia dan semakin hilanglah sikap tantrum itu. Membesarkanmu memang menguji kesabaran. Ummi tahu Allah berikanmu sebagai amanah besar untuk ummi. Hari-hari sakitmu dahulu, banyak menginsafkan ummi dan mengingatkan ummi pada hakikat kehambaan. Kamu bawa rahmat kasih sayang. Hari-hari kita berulang alik ke hospital, even sekarangpun biar tidak sekerap dahulu, masih menjadi keutamaan ummi. Kamu layak untuk dapat yang terbaik semampu abahummi ada. 

Cepat benar masa berlalu. Makin hilang sudah ingatan tua ummi pada setiap perkara pertamamu. Makanan pertamamu, langkah pertamamu, gigi pertamamu, panggilan 'ummi' yang pertama  dan semuanya. makin hilang jugalah anak comel ummi yang sering mendapat perhatian di hospital dahulu. Yang ada sekarang Khadijah yang semakin cergas, pintar dan macam-macam karenahnya.. :)

Beberapa tahun lepas
Khadijah dan kakak dalam bot di Sungai Mekong
Bersama kek hari lahirnya yang ke-5

Terima kasih Allah atas pemberianMu. Semoga kami dapat menjadi ibubapa terbaik pada anak-anak kami.